Rabu, 12 Disember 2012

5 Tempat Paling Menarik Di Dunia, Yang Tiada Di Malaysia

Kali ini Fuh nhendak kongsikan beberapa tempat yang boleh dianggap menarik untuk di lawati.
Tasik Don Juan
Sebuah tasik yang terbentuk di tengah-tengah Antartika (dataran ais kutub selatan), Don Juan merupakan tasik yang mengandungi kandungan garam yang tinggi, malah 8 kali lebih tinggi berbanding Laut Mati di Jordan, juga 18 kali lebih tinggi berbanding laut biasa. Walaupun terletak di tengah-tengah dataran ais yang  boleh mencapai suhu -30 darjah celcius, tasik ini tidak pernah membeku. Tahu kenapa? Sebab kandungan garam yang sangat tinggi menjadikan pengkristalan molekul air tidak dapat berlaku. Kawasan ini  mula ditemui pada tahun 1961 oleh saintis Amerika yang membuat ekspedisi di Antartika untuk kajian beruang kutub.
 
 
 
 
Timbunan Pasir Pyla (The Great Dune of Pyla)
Jika di lihat padang luas yang berpasir mesti kita akan terfikirkan gurun kan. Tapi mana ada gurun di Eropah. Longgokan pasir seakan-akan gurun ini letaknya di Perancis. Longgokan pasir ini dikenali sebagai the Great Dune of  Pyla. Ia dibawa oleh angin laut yang bertiup ke daratan dan menimbun membentuk dataran pasir sejauh 500m mendekati hutan  dan sepanjang 3 kilometer merentasi tepi pantai. Kawasan ini merupakan tarikan  utama pelancong dan merupakan tempat berlangsungnya permainan para glidersterbesar.
83-42
 
83-42 adalah nama sebuah dataran rumput di Kutub Utara yang luasnya hanya 35 x 15 meter. Nama 83-42 diberikan berdasarkan kordinatnya  83°42′05.2″N30°38′49.4″W / 83.701444°N 30.647056°W. Ia dijumpai pada tahun 1998 dan merupakan tempat bermulanya land formation (pembentukan tanah) terawal selepas zaman air batu. Di 83-42 saintis telah menemui Liken pertama (organisma komposit yang bersimbiosis dengan fungus, sedang giat dikaji serata dunia dan merupakan penemuan sains terbaru). Sehingga kini hanya 5 orang pernah menjejakkan kaki di 83-42 kerana ia merupakan kawasan terlarang.


Iceberg B-15
Mula terbentuk pada tahun 2000 apabila terpisah daripada Ross Ice Shelf. Walaupun kini ia telah banyak pecah kepada iceberg-iceberg kecil namun bentuk asal Iceberg B-15 masih lagi kelihatan. Ia merupakan Iceberg terbesar pernah direkodkan dengan keluasan 3100 km persegi (lagi besar daripada negara Jamaica)
The Door To Hell
Terletak di Bandar Darvaza, Turkmenistan, the Door to Hell pada mulanya adalah sebuah kawasan lombong. Kegiatan lombong terpaksa dihentikan apabila ramai pekerja-pekerja mati akibat  pembebasan gas dari perut bumi oleh aktiviti melombong. Kerana diberitahu bahawa gas itu adalah jenis beracun, pekerja-pekerja bertindak membakar drilling equipment dan menyebabkan kawasan tersebut terbakar.... Sehingga kini. Sudah 35 tahun barlalu, api nya tak pernah padam.
fuh.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...