Khamis, 6 Disember 2012

Burung Merak Putih Yang Cantik Giler

Burung Merak Putih merupakan salah satu daripada spesis burung merak yang cantik dan unik. Ianya bukanlah spesis burung merak yang albino tetapi ianya tergolong dalam keluarga "Indian Blue Peacock" iaitu salah satu spesis dalam keluarga burung merak biasa yang berwarna-warni. Rupa. saiz dan sifatnya sama seperti burung merak biasa.







Kecantikan yang mempersonakan


Burung Merak putih merupakan haiwan terancam yang semakin sukar ditemui di habitat semulajadinya namun anda masih berpeluang untuk melihatnya kerana beberapa Zoo di Malaysia ada mempamerkan burung merak putih ini.



Umpama ratu....memukau setiap mata yang memandang

Burung Merak cukup terkenal dan popular bagi masyarakat India ia kerana bulunya yang cantik sering digunakan dalam upacara keagamaan namun bulu burung merak putih jarang digunakan. Malah negara India turut memilih burung merak sebagai burung kebangsaan mereka.


Bak burung dari kayangan



Merak biasa yang berwarna-warni

Kecantikan burung merak memang tidak di nafikan. Keindahannya sering dijadikan perumpamaan dan bandingan. Anugerah kecantikan yang menjadi buruan dan akhirnya membawa kepada ancaman kepupusan.


Bagai puteri yang menawan tangkas berlawan


Burung merak....anugerah tuhan untuk manusia yang cukup cantik. Burung Merak Putih yang unik...kecantikan bak bidadari, memukau pandangan. Hargai dan jagalah haiwan yang menawan ini agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang...





















 
xlupa.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...