Jumaat, 7 Disember 2012

Burung Misteri Turut Membantu Perang Di Gaza Palestin



Walaupun kisah nie berlaku pada sekitar tahun 2009, sekadar berkongsi untuk renungan bersama.

Di kala para mujahidin "tersepit dan terhimpit", haiwan-haiwan dan alam tiba-tiba turut membantu, bahkan menjelma menjadi sesuatu yang "menakutkan".

Seorang mujahidin Palestin dipetik berkata “kisah ajaib” kepada laman web Filithin Al Aan (25/1/ 2009).Ketika bertugas di wilayah Jabal Ar Rais, si mujahidin ini melihat seekor merpati terbang dengan suara "lantang", yang melintas sebelum roket-roket zionis Israel bertebaran jatuh di wilayah itu.
 
 
 

Para mujahidin yang melihat merpati itu seolah-olah menerima isyarat yang ingin disampaikan sang merpati.

Setiapkali merpati itu melintas, para mujahidin terus berlindung di tempat persembunyian mereka. Ternyata dugaan mereka benar. Selang beberapa ketika kemudian bom-bom zionis Israel datang "menghujani". Para mujahidin itu pun terselamat dengan izin Allah .

Ada lagi “kisah ajaib” tentang seekor anjing, sebagaimana disiarkan dilaman web Filithin Al Aan. Suatu hari, tatkala sekumpulan mujahidin Al Qassam melakukan rondaan di tengah malam yang hening, tiba-tiba muncul seekor anjing tentera zionis Israel jenis "doberman". Anjing itu memang dilatih khas untuk membantu pasukan Israel mencari tempat penyimpanan senjata dan persembunyian para mujahidin.

Anjing besar ini mendekati mereka dengan rupa yang grang. Salah seorang mujahidin kemudian mendekati anjing itu dan berkata kepadanya, “Kami adalah para mujahidin di jalan Allah dan kami diperintahkan untuk tetap berada di tempat ini.Oleh itu, beredarlah daripada kami, dan jangan menimbulkan masalah untuk kami.”

Setelah itu, si anjing duduk dengan dua tangannya dijulurkan ke depan dan diam. Akhirnya, seorang mujahidin yang lain mendekatinya dan memberinya beberapa biji kurma. Dengan tenang anjing itu memakan kurma itu, lalu beredar pergi.
akakdisebalikpintublogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...