Bayaran Bonus 2012 :
Semasa pembentangan Bajet 2013, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan
pembayaran bonus kakitangan kerajaan ditambah 1 bulan gaji lagi. Macam
mana boleh tambah 1 bulan gaji lagi? Ini kerana kerajaan telah melakukan
pembayaran bonus raya setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang
dikirakan sekali sebagai hadiah untuk kakitangan awam sempena
pembentangan Bajet 2013 walaupun ketika itu ia sudah diberikan. Bakinya…
Bakinya (iaitu bayaran bonus kali kedua) akan disalurkan menerusi bayaran bonus 2012 (Disember & Januari 2013). Tetapi bilakah sebenar tarikh pembayaran bonus tersebut?
Semakan Tarikh Bayaran Bonus 2012 (Disember) & Pembayaran Bonus 2013 (Januari)?
Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi kali kedua ini akan dibayar setengah bulan gaji atau kadar minimum RM500.00 bersekali dengan gaji bulan Disember 2012 manakala setengah bulan lagi atau kadar minimum RM500.00 bersekali dengan gaji bulan Januari 2013. Pembayaran adalah berdasarkan gaji bulan Disember 2012 atau gaji akhir yang diterima pada tahun 2012.
Pekeliling Bonus Kakitangan Awam Bayaran Kali Kedua : KLIK SINI
- Bayaran Bonus Disember 2012 : 18 Disember 2012 (Minimum RM500) + gaji Bulan Disember 2012
- Pembayaran Bonus Januari 2013 : 23 Januari 2012 (Minimum RM500) + gaji bulan Januari 2013
Bajet 2013 : Bayaran Bonus 2012
Kami pasti berita bayaran bonus 2012
(Disember 2012 & bonus Januari 2013 amat dinantikan kalangan
kakitangan awam bagi membantu membuat persediaan awal termasuk soal
pengurusan kewangan terutamanya yang sudah berkeluarga yang mana anak
masing-masing bakal bersekolah semula pada awal tahun 2013.
beritasemasa.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan