Khamis, 1 Ogos 2013

Menentukan Arah Kiblat – Kaedah Bintang


arah kiblat
Secara umumnya, arah kiblat ditentukan dari sesuatu arah yang dirujukkan. Misalnya arah utara atau arah selatan. Oleh itu, untuk tujuan ini arah atau tanda rujukan perlulah diketahui terlebih dahulu sebelum boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat. Sejak zaman dahulu lagi manusia telah menggunakan pelbagai cara untuk menentukan arah kiblat dan pada zaman sekarang ianya telah dimajukan dengan menggunakan formula dan alatan tertentu.
 


KAEDAH TRADISIONAL DALAM PENENTUAN ARAH KIBLAT MENGGUNAKAN PETUNJUK ALAM

a) Buruj bintang

Sejak zaman dahulu lagi, manusia telah menggunakan bintang sebagai petunjuk arah.
Perkara tersebut ada dijelaskan di dalam al-Quran sebagaimana berikut:
Dan (ia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan denganbintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju[1].
i. Bintang Qutbi(Polaris)

Bintang yang sesuai untuk tujuan penentuan arah utara ialah bintang Qutbi yang terletak bertepatan dengan paksi putaran bumi. Keadaan ini menyebabkan bintang-bintang lain secara ketara beredar mengelilinginya. Bagi pemerhati di Malaysia, bintang Qutbi yang dapat dilihat sepanjang tahun ini terletak rendah di ufuk sebelah utara. Di negeri Pantai Timur Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu, bintang Qutbi boleh dilihat berada 40�- 60� di atas ufuk.

Bintang Qutbi berada di dalam buruj Ursa Minor (al-Judah), ianya dikenali melalui buruj Bajak/ Timba/ Senduk (Ursa Major/Plough). Buruj Bajak ini dapat dilihat di langit malam pada bulan Mei hingga Oktober.[2] Untuk mengetahui kedudukan bintang Qutbi, terlebih dahulu dicamkan dahulu bentuk buruj Bajak. (Lihat gambar rajah 1)

kiblat kaedah bintang_1 

Rajah 1 : Bentuk Bajak/Biduk/Senduk dan kedudukan bintang Qutbi/Polaris

Setelah dikenal pasti buruj Bajak, arah kiblat ditentukan berdasarkan perbezaan sudut antara bintang Qutbi dengan arah kiblat. Bagi negeri-negeri Nusantara, perbezaan ini berada di antara nilai 68� hingga 75�.[3] Justeru penentuan arah kiblat dilakukan dengan mengukur secara sudut jari bagi nilai perbezaan berkenaan ke arah kiblat. ( lihat rajah 2 dan 3)

kiblat_kaedah_bintang_2
Rajah 2 : Pengukuran sudut menggunakan jari

kiblat_kaedah_bintang_3
Rajah 3 : Pengukuran arah kiblat dari bintang Qutbi

Jenis-jenis bintang/buruj dan cara menggunakannya untuk tujuan arah kiblat

1- Buruj Pari

Selain daripada menggunakan bintang Qutbi sebagai panduan arah utara, buruj Pari atau lebih dikenali sebagai buruj Salib Selatan (Crux) boleh digunakan dalam penentuan arah selatan. Arah kiblat ditentukan berdasarkan perbezaan sudut sebanyak 68� antara arah selatan ke kiblat.1


2-Buruj Orion / Belantik / Al-Babadur

Di samping menggunakan bintang Qutbi sebagai rujukan, terdapat juga buruj yang boleh dijadikan panduan terus untuk mendapatkan arah kiblat. Di antaranya ialah buruj Orion (Belantik/ al-Babadur). Di dalam buruj ini terdapat tiga bintang berderet iaitu Mintaka, al-Nilam dan an-Nitak yang dilingkungi oleh beberapa bintang yang cerah. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang berderet tersebut ke arah Barat.

Rajah 4 : Bentuk dan kedudukan buruj Orion dan tiga bintang sederet

Buruj Orion akan berada di langit ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kemudian akan kelihatan tinggi di langit tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan waktu yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit pada waktu Maghrib.2

Rujukan :
1. Persatuan Falak Syarie Maahad Muhammadi Lelaki (2004), “Hisab Arah Kiblat”,(Sukatan Pembelajaran Ilmu Falak Syarie 2004 Maahad Muhammadi Perempuan) hal.5.
2. Baharrudin Zainal(2002),Pengenalan Ilmu Falak, Cet.1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hal.114.

[1] Surah An-Nahl (16) : 16
[2] Temubual bersama Ahmad Asyraf bin Azhar, Pengerusi Persatuan Falak Syarie Maahad Muhammadi Lelaki Sesi 2007, pada 9 Oktober 2008, jam 10.00 malam bertempat di rumah Dr Muhammad Rowi di Kota Bharu.
[3] Persatuan Falak Syarie Maahad Muhammadi Lelaki (2004), �Hisab Arah Kiblat�,(Sukatan Pembelajaran Ilmu Falak Syarie 2004 Maahad Muhammadi Perempuan), hal. 3
panduan percuma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...