Malas aku
nak ulas panjang2. senang cerita, suami aku ni memang susah nak ingat benda2
yang dia rasakan tak penting. nak kata nyanyuk umur baru 27 tahun. nak kata
sakit, sehat je dia aku tengok. hmm.. entahlah labu.
Dari tutup
lampu toilet, cari baju singlet hatta name tag nama dia, semua dia tak ingat
letak kat mana. kalau nak tu, aku lah orang kanan dia yg menggeledah tempat
persembunyian dan mencari barang2 yg ‘hilang’ tu.
Aku ingat
lagi time dia nak pergi kerja hari tu. masa tu dah lewat dan dia kelam kabut
bersiap. sampai aku pun turut sama dalam kelam kabut dia. dum dam dum dam siap.
start moto terus dia lesap. tak sampai lima minit lepas tu dia balik semula..
Aku yang kehairanan bertanya ‘’ haa.. kenapa Abang?’’
Aku yang kehairanan bertanya ‘’ haa.. kenapa Abang?’’
‘’ Helmet Abang mana? ‘’
Aduila.. boleh pulak helmet pun terlupa pakai. dia cakap dah nak masuk jalan besar tapi kepala rasa macam ringan, berangin je. bila berhenti dia pegang kepala.. helmet tak ada. patah balik semula. masa tu, aku rasa nak marah pun ada. nak gelak pun ada. suami suami. haha

Habistu,
adakah aku tak menasihati dia?
Huh !! Dah penat dah aku berceloteh, membebel kat dia. Mulut yg manis ni dah bertukar jadi ising. Berbuih-buih. Last2 dia jawab.. ‘’Ye lah.. Lain kali Abang tak lupa dah’’. Sabar je la aku..
Ni ada satu lagi perkara best yg aku nak kongsi bersama. masa ramadhan malam 21 baru2 ni. aku pesan kat dia suruh beli gula.

‘’Abang,
pas solat teraweh nanti, tolong belikan gula ye. Gula rumah kita dah habis’’
‘’Ye lah. Nanti Abang belikan’’
‘’Abang jangan lupa pulak nanti..’’
‘’Ye lah. Nanti Abang belikan’’
‘’Abang jangan lupa pulak nanti..’’
‘’Abang
mana pernah lupa lah’’
Cet. Still
tanak ngaku lagi tu yg dia tu pelupa. tp takpe. we will wait and see. ;)
Pukul 10.30
mlm, motosikal dia kedengaran di laman rumah.
‘’Nah, ni gula yang awak pesan tadi’’
Aku kagum. Ni lah pertama kali dia tidak lupa. adakah kerana berkat bulan ramadhan? atau adakah malam ni malam lailatul qadar? segala persoalan bermain di fikiran aku. bg merungkai segala persoalan, aku beranikan diri bertanya dia.. bagaimana dia dah tak lupa.
‘’Abang.. Macamana Abang boleh tak lupa?’’ tanyaku bersungguh2 ingin tahu
‘’Itulah awak. Kan tadi Abang dah cakap, kali ini Abang takkan lupa punyalah’’ jawabnya action
‘’Abang cakaplah betul2. Saya confuse ni. Abang ada ambil apa2 ubat ke?’’
‘’Hish! Ubat apa pulak awak ni. Merepek je. Saya tak sakit la. Sebenarnya tadi saya dah sampai depan pagar rumah. Tapi bila nak bukak pagar, barulah teringat gula awak. jadi, saya pun pergilah semula ke kedai. beli gula. balik takda gula, awak marah pulak nanti’’ ceritanya menerangkan keadaan.
Saat tu
jugak, tanpa segan silu, aku tergolek-golek gelakkan dia. Hahaha !! Sakit perut
aku malam tu. Adoilahh.. Abang Abang. dalam pelupa macam ni pun, still ada
sense of humor. Happy je rasa.
Takpelah
Abang. Mungkin ini adalah takdir Allah untuk Abang. Dan saya sebagai isteri
Abang, akan cuba ingatkan Abang walau seribu kali pun Abang lupa. InsyaAllah,
semoga hidup kita bahagia sampai bila2.
karyawan bisu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan