Islam mengajar umatnya
supaya tidak mendedahkan keburukan seseorang kepada orang lain. Sesiapa
yang menutup keburukan saudara seagamanya nescaya Allah menutup
keburukannya di hari kiamat kerana ganjaran yang disediakan sesuai
dengan amalan yang dilakukan.
1. “Wahai sekalian
manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam
hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan
jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib
saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang
aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam
rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
2. “Siapa yang membela
harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya
dari neraka pada hari kiamat” (HR. at-Tirmidzi)
3. “Sesiapa yang menutup
aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR.
at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)
4. “Seorang muslim itu
ibarat cermin kepada yang lainnya, bila dia melihat sebarang kekotoran
maka segera dia menyapunya” (HR. at-Tirmidzi dan Abu Daud)
5. “Sesiapa yang
melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum
keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang
melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada
Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya.” (HR. al-Bukhari)
6. “Wahai Rasulullah,
apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Iaitu berkata
sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana
kalau ianya benar?”
Rasulullah s.a.w.
menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah
melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”
7. Diriwayatkan dari Abu
Hurairah RA, ia berkata, “Ada seorang lelaki yang minum minuman keras
(khamr) dibawa di hadapan Nabi s.a.w., maka Baginda bersabda: “Kalian
pukullah dia”. Abu Hurairah berkata, “Di antara kami ada yang memukul
dengan tangannya, ada yang memukul dengan sandalnya, dan ada yang
memukul dengan pakaiannya”.
Ketika orang itu akan
kembali, sebahagian orang berkata kepadanya. “Mudah-mudahan Allah
menghinakanmu”. Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu berkata yang
demikian itu, jangan kamu membantu perbuatan syaitan (syaitan sangat
suka jika Allah menghinakan hambanya kerana memang itu pekerjaan
syaitan)”. (HR. al-Bukhari)
8. “Wahai golongan yang
beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah
kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka,
maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan
mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka
Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang
kenderaannya.” (HR. at-Tirmidzi)
9. “Seorang Muslim itu
saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula
membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka
Allah akan menolong keperluannya pula.
Siapa yang menghilangkan
kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari
kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT
akan menutup keaibannya di hari akhirat.” (HR. al-Bukhari)
10. “Setiap orang
mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan
kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang
yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah
orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).
http://zydney2u.blogspot.com/http://luvislam92.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan