Romantiknya Cinta Rasulullah SAW
Adakah kita sebagai suami mahupun isteri mempunyai sifat romantik kepada pasangan? Ketahanan suami isteri dalam melayari bahtera kehidupan semestinya berpaksikancinta yang dijulang bersama selain bersandarkan kepada cinta kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Perjanjian setia yang dimahkotakan bersama sebelum lafaz ijab dan qabul adalah bukti keabadian cinta pasangan suami isteri biar pun terpaksa menempuh badai ujian yang semestinya akan dilalui,namun ia tetap utuh berdiri.
Pernahkah kita sedari dalam melayari bahtera rumahtangga , tumpuan suri teladan kita semoleknya terarah kepada denai yang telah direntasi oleh junjungan Besar Nabi Muhammad SAW , biar pun baginda dikelilingi dengan pelbagai tanggungjawab besar menjadi perantara ummah dengan pencipta-Nya , baginda mampu memberikan ruang selesa kepada pasangan – pasangan hidup baginda. Hebat dan agongnya cinta Rasulullah SAW sebagai suami jauh di luar jangkaan pemikiran kita sebagai ummatnya. Walau pun begitu , tidaklah begitu sukar dan sulit untuk kita menjejaki setiap langkah dan contoh yang telah diamalkan oleh baginda dalam kehidupan rumahtangga.
Menjalani kehidupan sebagai suami isteri tiada yang lebih indah dan romatiknya bila mana suami dan isteri tidak kekok untuk menikmati makanan dari satu bekas atau pun suami memakan makanan lebihan isteri dan sebaliknya , maka itu sudah cukup untuk membuktikan tiada lagi perasaan ‘tiada selera,jijik dan sebagainya’ disebabkan cinta yang ikhlas dan suci sudah pun mantap berpadu. Memanglah tindakan sedemikian tiadalah hinanya jika diamalkan kerana ia juga merupakan amalan junjungan besar Nabi SAW dengan para isteri baginda. Ini dapat dibuktikan kepada hadis Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan bahawa ”Aku minum air daripada satu bekas, ketika itu aku sedang berhaid, lalu Nabi SAW mengambil bekas minumanku itu dan meletakkan mulut baginda pada tempat aku meletakkan mulut pada bekas tersebut”.
Paparan hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Nabi SAW tidak menjadikan bekas mulut isterinya sebagai jijik, walapun ketika itu isteri Baginda sedang berhaid. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan jika diperhatikan kepada hadis lain, didapati baginda juga makan makanan dari kesan gigitan isteri.”Aku mengigit sepotong daging, lalu sisa gigitan itu diambil oleh Nabi SAW, lalu baginda pun mengigitnya pada bahagian yang aku gigit tadi”
Masyallah,betapa romantiknya Nabi SAW dengan isteri baginda dan ia tidaklah begitu mustahil buat kita sebagai pengikut baginda untuk melakukan perkara yang sama. Dengan pengamalan sedemikian tidak sedikit pun menjejaskan kemuliaan dan ketinggian martabat dan darjat sebagai pesuruh Allah SWT.
Inilah tujuan dan objektif suci Islam menyeru penganutnya supaya memuliakan pasangan dalam erti kata menghormatinya. Tiada apa yang ruginya jika kita semua melakukan perkara sedemikian malah ianya dapat memberikan kesegaran yang berpanjangan dalam lingkungan rumahtangga sungguh pun sesebuah perkahwinan itu telah mencecah ke usia yang agak lama. Seandainya amalan sedemikian dapat kita jadikan amalan dalam kehidupan berumahtangga maka ia sudah pasti sedikit sebanyakmembantu memperkukuhkan sesebuah institusi perkahwinan dan sekaligus menutup lubang bencana yang membawa kepada perpisahan dan perceraian.
penpatah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan