Beberapa jenis makanan sering disebut sebagai pengubatan
alternatif untuk penyakit tertentu. Menurut pakar gizi terkenal Joy Bauer yang
juga penulis buku Food Cures, ternyata ada makanan yang boleh membantu mencegah
migrain.
Berikut adalah diantara makanan yang dikatakan dapat membantu
mencegah penyakit tersebut:
1 Telur
Makanan terkenal dengan kandungan omega-3 yang dapat
mengurangi peradangan yang dikenal pasti sebagai penyebab migrain. Anda boleh
mendapatkan telur yang diperkaya dengan
kandungan kandungan omega-3, kerana ia dipercayai dapat melawan kesakitan
akibat migrain.
2 Kekacang
Sejumlah penyelidikan telah mengaitkan kekurangan magnesium
dengan migrain. Daripada hasil penyelidikan
menunjukkan bahawa sebahagian daripada penghidap penyakit ini memiliki
jumlah magnesium yang melalui proses pengionan dalam darah dengan jumlah yang
sedikit. Cubalah untuk amalkan mengambil kacang-kacangan. Magnesium di dalam
kacang melindungi tubuh dari sakit kepala dengan cara merehatkan pembuluh
darah. Antara lain, magnesium juga
dipercayai berkesan untuk menenangkan fikiran yang sedang berada dalam keadaan
tegang, sepanjang sakit kepala melanda.
3 Susu skim
Riboflavin atau lebih dikenali sebagai vitamin B2 memiloki
peranan penting dalam membentuk sel darah merah, antibody di dalam tubuh dan
juga berperanan dalam melepaskan tenaga daripada karbohidrat. Riboflavin juga
memiliki peranan penting dalam menghasilkan tenaga sebab kurangnya tenaga
dikenal pasti dapat meneybabkan migrain.
4 Biji rami
Biji-bijian dengan ukuran kecil ini memiliki kandungan gizi
yang tinggi dengan asid omega-3 dan telah dibuktikan untuk mengurangi
peradangan akibat migrain. Tidak hairanlah kerana biji rami memang sering
dikatakan sebagai ubat untuk menurunkan risiko hipertensi, strok, kanser,
gangguan imunisasi dan juga masalah penyakit kulit tertentu.
5 Bayam
Merupakan salah satu jenis sayuran hijau yang paling
terkenal. Ini kerana bayam kaya dengan kandungan magnesium yang berkesan untuk
menghindari migrain.
6 Salmon
Ikan ini sering disebut-sebut sebagai ikan tinggi kandungan
omega-3. Ikan mahal ini juga termasuk di dalam kategori jenis makanan yang
berpotensi untuk mencegah migrain.
SERIBUIMPIAN
thanks....sy prnah alami...coklat paling teruk sekali bila mkn kene migrain
BalasPadam