Jumaat, 5 Oktober 2012

Khasiat Pokok Butang Ungu

Pokok Butang Ungu (bahasa Inggeris: Pink Bachelor's Button) adalah dari tumbuhan famili Amaranthaceace. Pokok ini juga digelarkan "Bunga Butang Merah Muda". Nama saintifiknya Gompherena globosa L..

Bunga butang ini bunganya berbentuk bulat, mempunyai banyak bunga, ditanam melalui pembiakan biji benih, Bunga akan di dapati selepas 40 hari menanamnya. Pokok ini digelar juga dengan nama Bunga 40 hari.
 


 
 
 Pokok Bunga Butang
 
 
 
 


KHASIAT
  • Di kalangan pengamal perubatan tradisional, ia dipercayai berguna untuk menhilangkan batuk, mengurangkan penyakit asma dan melancarkan pembuangan air kecil.
  • Ia juga dipercayai boleh menghilangkan panas dalam badan. 
  •  




PENGGUNAAN

Caranya adalah dengan merebus beberapa kuntum Bunga Butang segar dan diminum air rebusannya. Bunganya yang ditumbuk lumat juga baik untuk luka dan mengurangkan bengkak.

Rujukan: Majalah Herba Perubatan Tradisi Zaman-berzaman Jilid 3
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...