Jumaat, 5 Oktober 2012

Resepi - Laksa Siam


Laksa siam menjadi santapan tadi . Percubaan pertama dan tak pernah bermimpi hendak buat tiba tiba saja terlintas awal pagi nak makan laksa. Laksa ini tidaklah pedas tapi memang sedap dengan aroma daun ketumbar dan daun selasih.
Bahan-bahan :









 
Pes  laksa
3 batang serai- di potong kecil
4 biji cili merah
2 cm lengkuas
1 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 tbs minyak kacang
1/3 cwn daun ketumbar- di cincang halus
1 tsp kunyit hidup
1 tsp gula
¼ cawan air asam jawa
1 tbs belacan
Kesemua bahan di atas hendaklah di blend halus dan ianya tahan di simpan dalam petisejuk .

Bahan asas
½ bungkus bihun
4 cawan daging ayam yang telah di rebus dan di potong kecil

Cara membuat kuah laksa
Paste yang telah di buat
4 cawan air rebusan ayam
¼ cawan daun etumbar yang di potong kasar
¼ cawan daun asam pedas
1/3 cawan sos ikan
1 cawan santan- 400 ml
Panaskan minyak dan masukan paste laksa. Biarkan sebentar merenih naik bau masukan air rebusan ayam. Kecilkan api biar merenih dan masukan daun ketumbar dan sos ikan  dan biarkan mendidih  selama 5 minit. Akhir masukan santan dan perlahan kan  api sentiasa kacau dan tutup api. Siap untuk di gunakan.

Bahan sampingan
Tauge
Daun selasih/ daun asam pedas
Sambal/ garlic –chill hot sos.
kongsiresepi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...