Selasa, 2 April 2013

Vittra TelefonPlan: Sekolah Moden Tanpa Kelas

Rata-rata sekolah di seluruh dunia termasuk di Malaysia, perlu mempunyai bilik darjah atau kelas sebagai ruang untuk proses pembelajaran berlaku..Namun, di sebuah sekolah di Stockholm, Sweden ini telah memperkenalkan sebuah sekolah bebas kelas yang diberi nama sebagai Vittra Telefonplan School..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


 




Kadangkala, suasana kelas yang terlampau formal dan kaku sering membuat diri para pelajar berasa bosan dan terganggu. Berbekalkan alasan tersebut, muncul sebuah idea untuk merealisasikan konsep sekolah Vittra Telefonplan ini.
Terletak di Stockholm, Sweden, sekolah ini telah direkabentuk dan dirancang oleh seorang perancang terkemuka, Rosan Boschin. Di sekolah ini, seluruh ruang kelasnya adalah ruang terbuka. Konsep ini dikatakan lebih efektif bagi mendorong kolaborasi dan interaksi sesama pelajar.

Dalam ruangan di sekolah ini, tiada sebarang batasan untuk para pelajar dan ruangan ini disediakan dengan perabot dan kemasan dalaman yang berwarna-warni. Bahkan, para pelajar digalakkan untuk aktif bergerak bebas di setiap lingkungan ruang.

Untuk mendorong perkembangan otak setiap pelajar, sekolah ini juga mengajar para pelajarnya dalam satu kelompok kecil. Bukan setakat itu sahaja, para pelajar juga akan diberikan komputer riba setiap seorang. Selain itu, sebuah panggung mini juga disediakan bagi menarik kedatangan semua pelajar ke sekolah.

 

 

 

 

 
 http://drysheet.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...