Pada
zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di
Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang
bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi
Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita
itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih
hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu
hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan
dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya
aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada
suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada
aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu
masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba
anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu
disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.
Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan
lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu
ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika
aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku
merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk
tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur
kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin
dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai
menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka
semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada
seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh
melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun
sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji
akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni
sia-sia belaka."
Demikianlah
cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana
kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap
orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan
dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullh saw bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:" Tidak
ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari
ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullh saw bersabda,:" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh
itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia
mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap
api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
jom sembang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan