Assalamualaikum... Salam manis dari saya buat anda, sahabat dan tetamu istimewa relaks minda.
Tidak kira tua atau muda, lelaki atau wanita...semoga anda semua dalam
keadaan sihat, tenang dan ceria tidak kira dimana dan apa jua yang anda
sedang lakukan.
Setiap makhluk hidup di dunia ini di ciptakan berpasangan dan jika anda sudah berpasangan.. Adakah pasangan anda merupakan idaman anda? Bagi yang bujang pula, adakah anda idaman kepada mereka yang mencari pasangan? Tidak perlu menjawabnya kerana anda sendiri tahu jawapannya. Bagi yang inginkan sedikit panduan, gunalah ini sebagai persoalan yang memberi jawapan tentang diri dan pilihan anda.

Tatkala seorang lelaki bujang memandang cermin, apa yang selalu
difikirkan adalah, "Handsome kah aku?", "Adakah otot-otot aku semantap
Arnold Schwarzenegger? Adakah aku sekacak Aaron Aziz? Adakah aku bergaya
seperti Datuk K yang mampu menambat hati Datuk Siti? Adakah aku lelaki
idaman setiap wanita?
Ya..Tidak atau Tidak Pasti?
Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut pula ketika memandang cermin :
1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?
2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?
3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?
4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?
5. Ikhlaskah aku dalam beramal?
7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?
8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?
9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?
10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?
11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?
12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?
13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?
14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?
15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?
16. Adakah aku seorang pemaaf?
Adakah anda memilikinya wahai kaum lelaki idaman wanita?
Benarkah itu ciri-ciri lelaki idaman anda wahai kaum wanita?
p/s: yang pasti, aku adalah lelaki idaman isteriku. ")
Admin...
http://relakssminda.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan