Ahad, 15 September 2013

Resepi Paprik Ayam/Sotong/Udang/Daging

Resepi Paprik Ayam/Sotong/Udang/Daging  
bahan-bahan)

Bawang putih  ,Bawang Besar (Holland)  ,Cili Padi
Tomato ,Bunga Kobis ,Lobak Merah ,Kacang Buncis
Jagung Muda ,Serai ,Daun Limau Purut ,Sos Tomato
Sos Cili ,Kicap ,Sos Tiram
Tepung Jagung
Air
Cili Boh
Ayam / Udang / Sotong/ Daging





Resepi Paprik Ayam/Sotong/Udang/Daging

Resepi Paprik Ayam/Sotong/Udang/Daging

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi dan tomato yang telah dipotong

Kacau sehingga separuh masak. Masukkan  cili boh. Biarkan sehingga masak cili tersebut.

2. Masukkan bahan basah ayam/ udang/ sotong/ daging. Biarkan sehingga masak.

3. Tambahkan air. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan sos tiram (mengikut kuantiti hidangan)

4. Masukkan gula dan garam.

5. Jika rasa telah sesuai, masukkan bahan sayuran bunga kobis, kacang buncis, jagung dan lobak merah.
Kacau rata dan biarkan sayuran tersebut agak lembut.

6.  Masukkan serai dan daun limau purut. Gaul sehingga rata.

7. Masukkan bancuhan tepung jagung bersama air. Apabila kuah sudah pekat. Padamkan api

8. Hidangkan. Sesuai di makan bersama nasi putih panas.  Selamat Mencuba!
 http://bagaimana.com.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...