Sheikh Dr. Abdullah
Azzam pernah menceritakan sebuah kisah menarik yang beliau kumpulkan
dalam buku karya beliau berjudul Ayaturrahman fii jihadil Afghan. Buku
yang disebut oleh Ustaz Imam Samudra sebagai buku ajaib, kerana
mengisahkan banyak keajaiban di medan jihad Afghan mengusir pencerobohan
tentera Soviet .
Suatu ketika, sekumpulan
mujahid Afghanistan sedang berhadapan dengan tentera Kesatuan Soviet
dengan kekuatan yang besar. Dengan hanya berbekal satu bom tangan dan
satu senjata anti kereta kebal, mereka perlu berdepan dengan kira-kira
200 buah kereta kebal dan kenderaan berat yang lain.
Melihat keadaan yang
sangat getir itu, mujahidin mendirikan solat dan bermunajat pada Allah.
Mereka memohon agar peluru yang ada itu boleh menghancurkan konvoi
pasukan musuh.
Mungkin bagi kebanyakan
orang akan berkata bahawa harapan mereka hanyalah mimpi. Secara mata
kasar sudah dapat dilihak pihak manakah yang akan menang dan siapa yang
kalah.
Tanpa disangka, dengan
lemparan satu-satunya bom tangan yang ada itu tepat mengenai sebuah
kereta milik musuh yang mengangkut bahan letupan. Letupan itu
mengakibatkan 86 kereta kebal dan kereta perisai musuh musnah.
Akhirnya, kemenangan
berpihak pada Mujahidin. Selain memperoleh kemenangan besar, mereka juga
membawa pulang hasil rampasan perang yang sangat banyak.
Inilah kekuatan doa, di
mata kaum muslimin kehebatannya tidak boleh dinafikan. Doa adalah
senjata yang amat canggih. Di tengah pesatnya perkembangan teknologi
ketika ini, doa tetap berada di peringkat paling atas bagi orang yang
beriman. Doa tidak boleh dikalahkan oleh armada tempur mana pun. Hal ini
disebabkan selain daripda usaha yang bersungguh -sungguh, orang yang
beriman tidak lupa untuk menggantungkan segalanya pada Sang Khalik
melalui doa.
Sejarah telah
membuktikan, doa tidak pernah lepas dari kejayaan para Nabi dan Rasul.
Ketika Nabi Nuh 'alaihissalam bersama dengan umatnya yang terselamat
dari banjir dahsyat. Ketika Nabi Musa 'alaihissalam mengalahkan Fir'aun.
Ketika Nabi Ibrahim 'alaihissalam dilindungi dari jilatan api dan
ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersama para sahabat
radhiyallahu' anhum memenangi banyak pertempuran. Semua itu boleh
berlaku kerana kewujudan faktor x yang bernama doa.
Buku: Adzakarul Jihad wad Du'a ' alal Kuffar ash Shahihah , karya Wa'il bin Ali as Saduqi
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber shoutussalam.com
detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan