Rabu, 25 September 2013

Muhasabah Diri


Apabila usia semakin meningkat,
banyak perkara harus di ingat. 

Ramai kawan-kawan sudah berangkat, 
pergi tanpa sempat bertaubat, 
tanpa sempat meninggalkan tabiat bermaksiat,
penyakit judi yang lama melekat,
perkara yang dilarang itulah yang dibuat,
kawan-kawan ada juga yang bagi nasihat,
tapi ramai yang sudah tegar sudah liat.
 

Kawan yang lembut sudah menukar kiblat, dari maksiat kepada amal ibadat, itulah hidayah dari yang Zat, semuga Nabi Muhammad (s.a.w.) dapat memberi syafa'at.
Kepada yang sudah mula beribadat, mari kita kumpul sedikit maklumat, berkenaan diri kita di Padang Masyar dan Negeri Akhirat, serta bagi memudahkan laluan Sirat.
Marilah...


Luangkanlah masa sejenak untuk memikirkan jawapan kepada soalan-soalan dibawah ini sebagai persediaan menyambut bulan haji (Zulhijjah) dan awal Muharram (1435) yang semakin hampir.

Adakah anda bersembahyang terawih sepanjang Ramadhan yang lalu?

Sudahkah anda bersedekah walaupun sedikit?
Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan solat rawatib?

Adakah anda melakukan solat sunat dhuha dan sunat witir?

Adakah anda telah bertaubat diatas dosa2 yang lalu?

Adakah anda sudah mendoakan kedua ibubapa anda?

Adakah anda membaca ayat-ayat al-Qur'an setiap hari atau membaca hadis?

Adakah anda selawat atas Rasul s.a.w. pada hari ini?

Adakah anda menjalankan dakwah kepada orang lain?

Adakah anda menziarahi saudara lain kerana Allah?

Adakah anda menyeru kepada kebaikan dan mencegah yang mungkar?

Sejauh manakah anda telah merasakan ketaqwaan kepada Allah?

Adakah anda membaca buku-buka agama Islam?

Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak dari masa yang ada?

Adakah anda mengambil iktibar dari pengalaman hari ini?

Adakah anda bergaul dengan orang-orang soleh dalam mengingati Allah?

Adakah anda menitis airmata mengingati Allah pada waktu yang sunyi?

Adakah anda bercita-cita untuk mati dan berjihad pada jalan Allah?

Adakah anda berfikir tentang hari akhirat dan bagaimana kedudukan anda di Padang Masyar nanti? Syurga atau neraka?

Adakah anda berfikir tentang mati walau sesaat?

Adakah anda membenci dan menyayangi orang lain kerana Allah?

Adakah anda memungkiri janji?

Adakah anda berbohong?

Adakah anda mempersendakan Allah dan hukumNya?

Adakah anda pernah terjerumus kedalam maksiat?

Adakah anda terfikir untuk melakukan maksiat?

Adakah anda menzalimi orang lain?

Adakah anda menceroboh hak orang lain?

Adakah anda mengumpat orang lain?

Adakah anda membantu orang lain kerana Allah?

Adakah anda memaafkan orang lain kerana Allah?

Adakah anda dapat menahan sabar dan marah di dalam menghadapi kesulitan serta merasa penuh harap kepada Allah?

Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari?

HISABLAH DIRI SEBELUM KITA DIHISAB ALLAH DI AKHIRAT NANTI…



Salam Ukhuwah..~
blog tok wan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...