"Barangsiapa membaca satu huruf dari Al -Qur'an maka baginya satu pahala dan satu pahala diganjar sepuluh kali lipat." (HR. Tirmidzi )
Seperti yang telah kita
ketahui bersama bahawa perang antara Israel- Palestin ( HAMAS ) tidak
akan ada hentinya. Israel terus melakukan pembunuhan demi pembunuhan
terhadap warga Palestin.
Perlu diketahui bahawa
dari ribuan jiwa yang terkorban mangsa keganasan perang Israel, 75 %
diantara mereka adalah kanak-kanak dan wanita. Pelbagai alasan yang
diberikan oelh pihak yahudi mengenai korban tersebut. Sebahagian besar
alasannya sangat tidak masuk akal sama sekali dan mengada-ada. Lebih
mengecewakan lagi apabila negara-negara dunia seakan tidak mampu
menghentikan ini semua, termasuk negara-negara arab sendiri.
Banyak dari kita yang
mempersoalkan kenapa tentera yahudi membunuh kanak-kanak Palestin? Ada
yang berkata memang tabiat tentera yahudi yang kejam dan biadab. Ada
juga yang berkata tentera yahudi takut akan pertumbuhan kanak-kanak
Palestin kerana kanak-kanak yang terlahir adalah generasi masa depan
Islam yang gemilang. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan masuk
akal juga.
Berikut adalah sebab
mengapa tentera yahudi laknatullah menjadikan kanak-kanak Palestin
sebagai sasaran operasi mereka selain kumpulan HAMAS.
Semasa serangan tentera
yahudi terhadap Palestin pada Disember 2008 yang berlaku ketika bulan
suci Ramadhan tahun 1429 H, pimpinan HAMAS Ismail Haniyah melantik
sekitar 3500 kanak-kanak Palestin yang telah hafal Al-Quran. Kanak-kanak
tersebut sudah menghafal 30 juz Al-Quran. Ini menjadi sumber ketakutan
Zionis Yahudi.
"Jika dalam usia semuda
itu mereka sudah menguasai Al-Quran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan
jadi seperti apa? " Demikian pemikiran yang berkembang di dalam fikiran
orang-orang Yahudi.
Tidak hairan jika
kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-Quran. Keadaan Gaza yang
dikepung dari segala arah oleh tentera yahudi laknatullah menjadikan
masa mereka terus berinteraksi dengan Al -Qur'an. Tidak ada yang bermain
Play Station atau 'game' bagi mereka.
Keadaan tersebut memangkin mereka untuk menjadi para penghafal Al-Quran ketika masih begitu muda. Ketakutan Zionis Yahudi laknatullah terhadap keadaan ini menyebabkan kira-kira 500 kanak-kanak penghafal Quran itu telah syahid.
Itulah sebahagian sebab
mengapa HAMAS mengenakan syarat- syarat yang amat berat untuk menjadi
anggota mereka antaranya hafiz Al-Quran dan tidak pernah meninggalkan
solat fardhu berjemaah terutama solat subuh.
Teringat zaman emas
tentang kejayaan Islam di masa kekhalifahan dahulu. Rahsia besar yang
perlu dicatat dalam masa itu adalah umat Islam tidak pernah jauh dengan
Al-Quran, tidak pernah melepaskan hadis Rasulullah saw menjadi pedoman.
Seperti dalam sebuah hadis Rasulullah Saw pernah bersabda .
"Telah kutinggalkan
untuk kalian dua perkara. Jika kalian berpegang teguh dengan keduanya,
maka kalian tidak akan pernah sesat , iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-
Nya "( HR. Malik).
Belajarlah dari
Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis , nyawa mereka
diancam setiap saat, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua
tidak melunturkan niat mereka untuk dekat dengan Sang Khalik dan
mendalami lebih dalam dan lebih jauh tentang Agama Islam.
Israel memang unggul
dalam segi jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi
tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang tinggi, mereka
berani mati demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan