Subhanallah! 5 Kanak-Kanak Islam Ajaib Yang Pernah Menggemparkan Dunia
| Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua.
Setiap ibu bapa dalam dunia ni sudah semestinya mengimpikan anak yang
sihat tubuh badan, anak yang
mampu menjadi anak soleh/solehah, dan anak yang baik-baik belaka.
Perkara ini sememangnya tidak mustahil kerana terdapat surah-surah di
dalam Al-Quran yang boleh dibaca oleh ibu bapa semasa anak dalam
kandungan dan juga ketika ini terdapat teori-teori tentang amalan untuk ibu mengandung bagi mendapatkan anak yang baik.
Allah S.W.T memang berkuasa keatas
manusia bahkan seluruh makhluk dan hidupan dibumi ini. Ini terbukti
apabila lima kanak-kanak yang genius ini berjaya menggemparkan dunia.
Siapakah diri mereka sebenarnya? Untuk itu, mari kita lihat senarai lima
anak kecil beragama Islam yang sangat genius dan ajaib hingga
menggemparkan dunia.
Berikut 5 Anak Ajaib Islam Yang Mengemparkan Dunia:
1. Akrit Jaswal
Akrit Jaswal yang mempunyai IQ 146
(manusia terpintar di India) sejak berusia 7 tahun ia sudah mampu
melakukan operasi pembedahan secara otodidak
2. Sayyid Muhammad Husein Tabataba’i
Sayyid Muhammad Hussein Tabataba’i
seorang kanak-kanak yang sudah berjaya menghafal surat-surat dalam
Al-Qur’an dan mampu menafsirkannya. Beliau juga telah menerima gelaran
Doktor di usia tujuh tahun di Hijaz Collage Islamic University di UK.
3. Abdurrahman Farih
Di bumi Aljazair, ada anak genius yang
berusia tiga tahun bernama Abdurrahman Farih mampu menghafal Al Quran
hanya mendengar orang lain membaca Al Quran sejak ia masih di dalam
kandungan ibunya.
4. Ali Yakubov
Di Rusia kemunculan ayat-ayat ‘Al Quran”
di sekitar tubuh bayi yang berusia sembilan bulan bernama Ali Yakubov,
telah membuat 2000 orang Muslim dari kawasan utara Rusia mendatangi
untuk melihatnya.
5. Syarifuddin Khalifah
Syarifuddin Khalifah, seorang anak ajaib,
lahir di Arusha, di bahagian utara Tanzania (sebuah negara di Afrika
Timur) pada usia satu setengah tahun sudah mampu menghafal Al-Quran dan
juga mampu mendirikan solat lima waktu. Apa yang lebih mengejutkan
apabila dia bukanlah seorang anak dari ibubapa yang beragama Islam.
Beliau telah mengislamkan lebih dari ribuan orang.
Subhanallah
fuh.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan