Daging memang enak dimakan dengan cara masakan yang pelbagai seperti rebus, goreng, panggang atau apa sahaja. Ketahui beberapa kebaikan menikmati keenakan daging merah.

1. Menjaga Kekebalan Tubuh
Daging merah yang kaya dengan zat besi dapat membantu sistem imun (kekebalan badan) dan dapat menstabilkan stamina dalam badan.
 


2. Melindungi Tubuh Dari Jangkitan
Antibodi yang terkandung di dalam daging merah sangat bermanfaat melindungi tubuh ataupun luka dari jangkitan, terutama daging merah lembu.

3. Kecerdasan Otak
Menurut penelitian Organisasi Kesihatan Antarabangsa (WHO), kandungan vitamin B12 yang ada dalam daging merah dapat meningkatkan kecerdasan otak hingga 50 %.

4. Baik Untuk Kesihatan Kulit
Mengambil daging merah mengikut keperluan badan dapat menjaga kesihatan kulit, dan dapat mencerahkan bahagian kulit luar anda.

5. Bagus Untuk Ibu Hamil
Daging merah sangat bagus kepada ibu hamil kerana dapat membantu proses perkembangan  DNA menggunakan protein yang terkandung dalam daging merah.
majalah pama