Isnin, 23 September 2013

Cara Mudah buat Nasi Arab

Selepas beberapa buah kedai nasi arab kami jamah, jd wife aku pun try la buat sendiri hasil ceduk sikit2 resepi nasi arab dari laman sesawang yg lain. Dan ni lah hasilnya, dan jangan dok buat terkejut tenuk Himalaya plak tgok ada gulai teloq ikan seludu, juadah tu saja aku suruh wife masak sebab benda dah ada, sedap jugak klu makan bersekali dgan hidangan Nasi Arab nih. Jadi tanpa membuang masa dan membuang undi eeewwwaahh...mentang dah demam pilihanraya nih nak jugak selitkan sekali kertas undi tu, nindia antara resepi-resepinya:-


Bahan2 untuk Nasi
*1/2 sudu makan jintan manis
*1/2 sudu makan jintan putih
*1/2 sudu makan bunga cengkih
*1/2 sudu makan lada hitam
* 1 sudu makan biji ketumbar
*1/2 sudu makan buah pelaga
2 1/2 cawan beras basmathi (apa2 jenama pun boleh)
4 cawan air rebusan ayam (boleh guna kiub pati ayam atau guna air biasa pun bole kalau xbuat stok ayam)
1/2 sudu besar garam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji buah pelaga
kulit kayu manis
bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi
pewarna kuning & oren (kalau xdak ganti ngan serbuk kunyit bancuh ngan ayaq)

Cara-caranya:

-goreng tanpa minyak semua bahan * kemudian blend kering -sampai hampir jadi serbuk
-cuci bersih beras basmathi dan rendam 1/2 jam atau 1 jam
- panaskan minyak sapi,masukkan kayu manis,buah pelaga & bunga lawang.
-kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yg dihiris nipis(nak tumbuk/blend pun boleh)
-bila dah kekuningan, masukkan serbuk rempah yg di blend tadi.gaul sebati..kemudian masukkan beras.
-masukkan air stok ayam perasakan garam dan masak sampai nasi kering air.
-titik2kan pewarna dan biar seketika sebelum padamkan api...bila nak hidang baru gaul nasi biar bercampur warna
*boleh tambah daun ketumbar kalau nak bau lagi harum..potong daun & tabur atas nasi yg dah siap hidang

Resepi ayam(kambing pun bole cuma masa perap tu kna lama sikit lebih kurang 3-4 jam)
bahan untuk diperap (blend semua bahan)
3 inci halia
2-3 biji kunyit hidup besar ibu jari kaki Enot (hahaha..aku buat lawak ja nih, saiz apa pun takpa)
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan buah pelaga
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
* 1 ekor ayam dibelah 2  ( kelar2 skit2 kat isi ayam supaya rempah meresap ke dalam isi)
 
Cara masak ayam:
-blend semua bahan perap.gaulkan pada ayam dan perap lebih kurang 2-3 jam dan disimpan dalam peti ais.
-masukkan ayam dalam pemanggang, klu sesapa yg ada Magic Pan pun bole guna jugak.
-panggang sampai masak
*masa hidang  potong  ayam tu kecik2

Resepi salad/acar:-
-buah tomato
-timun
-lobak merah
-bawang
-Lada bengala (ala buah cabai yg bulat2 tu, ada kaler kuning,hijau atau merah)
*cili hijau
*garam
*gula
*cuka (1 sudu kecil)
*perahan limau nipis
*4-5 sudu besar air masak /air tapis
-potong dadu semua bahan bertanda( - )
-cili hijau tumbuk kasaq (nak hiris ja pun boleh)
-campur bahan dadu dan cili,tambah air,perasakan garam,gula,cuka dan perahan limau nipis/lemon
-nak lagi sedap blend sedikit buah tomato (sebiji lebih kurang) pastu gaul sekali dgan salad nih

  Ayaq asam:-
-3 biji cili merah
-5 biji cili padi
-1 biji buah tomato
-1 biji bawang besar
- sedikit ja belacan (secubit ja)
-garam
-gula
-perahan limau nipis (boleh ganti ngn jus asam jawa)
-air masak (air tapis pun boleh)
cara:
blend semua bahan dengan air masak (agak2 air dalam 1/2 cawan)
-Siiiaappp...dah bole hidang dah, klu yg suka berkuah tu ble buat Kuah Dalca boh kacang panjang, terung, tomato, karot dan buah kundoq)
 http://macosantana.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...