Ahad, 29 September 2013

Tasik Di Atas Tasik di Denmark

Faroe – Pemandangan yang luar biasa di Kepulauan Faroe, Denmark. Bayangkan saja, di sini terdapat sebuah tasik yang berada di atas yang tasik lain. 



Faroe adalah kepulauan yang terletak di antara Iceland dan Norway. Sekelilingnya adalah perairan Lautan Atlantik. Di kepulauan tersebut, terdapat sebuah pulau yang dikenali dengan nama Pulau Vagar yang mempunyai tasik yang unik. Tasik ini diberi nama Tasik Leitisvatn, yang mempunyai keluasan sekitar 3.4 km persegi.



Yang menjadikan tasik ini unik tentu kerana pemandangannya. Jika dilihat sepintas lalu, tasik ini seperti memiliki dua susun permukaan air. Satu permukaan berada di bawah dengan ukuran yang cukup luas dan satu lagi di atasnya dengan ukuran yang lebih kecil.

Namun sebenarnya, pemandangan ini hanyalah ilusi. Sekilas pandang memang tasik ini seperti mempunyai dua tingkat, tetapi sebenarnya ia adalah tasik yang berbeza.

Tasik yang berada hanya 30 mdpl ini memang terbelah dengan sebuah bukit. Jika anda melihat dari posisi yang lebih tinggi, tasik ini terlihat seperti memiliki dua tingkat. Ini kerana bentuk bukit yang tingginya sekitar 100 meter tersebut agak tegak.


 

 



source: amusingplanet/ billy info

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...