Ahad, 13 November 2011

Susu, Daging lembu dan Sharizat

Oleh : Mami Minah

Isu projek lembu feadlot Negara masih diperkatakan. Hari ni Menteri Noh Omar jawab dalam TV kononnya untuk member penjelasan tentang salahfaham pembangkang.
Tapi apa yang di jawab sekadar memberi alasan bukan memberi penjelasan. Semua orang tahu syarikat yang mendapat pinjaman projek tu adalah syarikat sendirian berhad  bukan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Semua orang tau berkenaan pemilikan syarikat tersebut dan kepada siapa lembu-lembu projek tu dijual. Rakyat juga tahu pemilikan saham didalam projek Fitlot Kebangsaan.
Isu yang sepatutnya dijawab adalah penyelewengan peruntukan yang di berikan oleh kerajaan. Menteri Noh Omar memberikan alasan bahawa akaun syarikat tersebut ada dua, satu akaun adalah akaun yang di gunakan untuk dilakukan pemindahan wang oleh kerajaan kepada syarikat dan satu akaun lagi adalah akaun peribadi syarikat. Kerajaan tidak berhak tahu tentang akaun kedua tersebut. Ini hanya alasan untuk melepas kan tanggungjawab kerajaan.

Menteri jawab lagi, syarikat tu dapat projek melalui tender.

Persoalannya, kenapa projek tersebut di berikan kepada syarikat yang tiada pengalaman dan tiada modal. Syarikat tu diwujudkan seolah-olah hanya untuk mendapat duit dari kerajaan.

Peruntukan lebih RM260 juta yang telah dibelanjakan hanya berjaya menghasilkan lebih kurang 5000 ekor lembu yang purata seekor berharga RM4,481.

Menurut menteri UMNO tersebut, peruntukkan tersebut termasuk sewa tanah dan membina bangunan untuk syarikat di tapak projek.



Jika tender projek tersebut di beri kepada syarikat tempatan yang sudah sedia ada prasarana dan pengalaman, maka pembaziran pembinaan prasarana akan dapat dielakkan. Tapi demi hasrat mendapatkan duit kerajaan, maka salah guna kuasa berlaku dalam penganugerahan projek Fitlot Kebangsaan. (gambar adalah satu projek penternakan lembu di Amerika Syarikat yang menggunakan Feedlot dengan kos benih lembu sebanyak USD4j = RM13juta yang mampu menghasilkan 25000 ekor lembu)

Jika sasaran 5000 ekor diletakkan untuk dicapai oleh projek tersebut dalam masa 5 tahun, ianya memang tidak mustahil. Jika jumlah yang sama di usahakan oleh pengusaha tempatan, ianya hanya boleh dicapai dalam masa 2 tahun sahaja.

Amat memalukan negara jika menteri dan ahli keluarga menetri terlibat secara langsung dalam projek kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...