Ahad, 13 November 2011

Tambah Kemudahan Sekolah, Bukan Tambah Jam Bertugas

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Kementerian Pelajaran Malaysia kena mengkaji balik percubaan untuk guru-guru bertugas selama 9 jam sehari. Projek perintis akan melibatkan 5000 guru sekolah di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor.

Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran. Malahan guru sudah menjadi “multi purpose” kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah.

Sepatutnya Kementerian Pelajaran mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa, kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.

Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat. Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat. Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah.

Jika pihak kerajaan hendak menyamakan guru dengan kerja di pejabat maka ini satu perbandingan antara appel dengan limau. Mana adil kepada guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas tiba-tiba hendak suruh berada di sekolah selama 9 jam.

Kerajaan perlu membanyakkan kemudahan dan membina banyak sekolah supaya mengurangkan bilangan pelajar di dalam sebuah kelas. Banyak sekolah pada hari ini yang dibina 20 tahun dahulu sudah tidak mampu menampun g pertambahan penduduk di sekitarnya. Sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi ada keselesaan kerana bilangan pelajar yanga begitu ramai. Jangan jadikan guru sebagai makmal percubaan, sebelumnya guru-guru juga menjadi mangsa ketika perlaksanaan PPSMI. Sekarang terdapat lambakan lebihan opsyen  sains  dsn metematk seramai 26000 orang. Pihak Kementerian juga  perlu selesaikan masalah graduan Universiti Perguruan Sultan Idris yang tidak ada penempatan bertugas.

Atas asas inilah maka Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberi mandat ke Putera Jaya. Ini sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...