Khamis, 15 Disember 2011

Khasiat Buah Durian Belanda

KHASIAT BUAH DURIAN BELANDA 10 KALI GANDA KUAT DARI KEMOTERAPI?

Mama cukup tertarik mengenai Buah DURIAN BELANDA. Mungkin ramai tak tahu dan mama pun sebenarnya baru tahu yg buah ini mempunyai banyak kebaikan dan merupakan Pembunuh semulajadi Sel Kanser. Apa yg menarik adalah mengenai kekuatan buah ini yg dikatakan 10 ribu kali ganda kuatnya dari kemoterapi. Kenapa tak diwarwarkan selama ini dan kenapa segelintir yg tahu mengenai khasiat buah ini?

So skrg nie mama tengah usaha untuk dapatkan Buah Durian Belanda nie untuk cuba merawat adik mama. Alhamdulillah, pagi tadi Abg Ngah mama dah jumpa buah ni ada jual kat (lupala plak nama tempatnya).....Harga sekilo dlm belas2 jg la. Alhamdulillah, bersyukur akhirnya jumpa juga ape yg dicari.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor/kanser yg sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sbg anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yg kurang baik.

RAMAI yg tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden. Buah Durian Belanda yg buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yg tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang drpd mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yg inginkan zuriat. Bg ibu yg baru melahirkan anak, digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, hasil kajian yg dijalankan mendapati, bahan yg terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sbg aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yg terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yg mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan/penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik

irrfiqa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...