Sabtu, 17 Disember 2011

bayi terkecil di dunia

Baru ni kita lihat bayi 15 minggu  hidup.Dengan kebesaran ALLAH dan satu lg bukti kekuasaan ALLAH  apabila bayi yg terkecil di dunia telah pon dilahirkan pada jun 1989..sama dgn tahun aku dilahirkan tu...huhuhu..seorang ibu yg betuah ini telah pon melahirkan bayi ini yg seberat 275 gram  di sebuah hospital di Gottingen, Jerman dan bayi ini diberi nama Madeline  jum korang sumer tgkxgmbar yg menakjubkan ini







psstt : yg tu gmbar Madeline sekarang...


amazinggila

Kenali - Binatang yang paling susah mati/dibunuh

Saksikan binatang yang kalau korang cuba bunuh mungkin korang yang akan mati terbunuh sebab tertekan tak dapat membunuh. heh. tak payah layan aku mengarut. jom tengok siapakah mereka-mereka yang terhebat itu?


5. Giant African Land Snail (Siput babi gergasi Afrika)

Hamek ko penuh tapak tangan beta tadahkan. muahaha. tapi tu tapak tangan orang lain bukan tangan aku. Saiz dia boleh mencapai 8 inci panjang. Siput babi ni biasa dijadikan binatang peliharaan (pet) oleh orang-orang Barat sebagai diorang rasa ini 'Amazing!' padahal kat Malaysia ia adalah tahap gaban punya menggelikan. Masyarakat Afrika Timur sudah mencuba pelbagai cara untuk membunuh siput babi ni, seperti membakar dan racun tetapi masih tidak berhasil. Apasal diorang tak try tabur garam? Aku selalu tengok atok aku buat camtu bila dia bengang siput babi asyik rosakkan pokok dia tanam.


4. Water bears


Water bears adalah binatang air berkaki enam yang mikroskopik dan sangat susah dibunuh malah tidak boleh dibekukan. Makhluk ni boleh bertahan pada suhu ekstrim sehingga -273 darjah celcius dan boleh hidup lebih sedekad tanpa air. Malahan bom nuklear pun tidak mampu mengapa-apakan benda alah ni. Ia boleh berubah ke bentuk kering dan semasa dibentuk ini ia kebal terhadap radiasi. Binatang ini juga kebal terhadap nitrogen cair dan mineral (inorganic) acid.

3. Tree weta


Binatang yang sesungguhnya sangat menyeramkan. Dah la besar gedabak tu ha. Darah Tree Weta mengandungi protein istimewa yang menghalang air dan sel-sel dalam badannya daripada membeku. Maknanya walaupun Tree Weta dibekukan sekalipun, darah dibadannya masih mengalir dan berfungsi seperti biasa. Ketika beku, otak dan hati Tree Weta tidak berfungsi, namun ia akan kembali aktif selepas ia cair. Dengan kata lain, binatang ni boleh kelihatan seperti telah mati tetapi kemudiannya hidup semula..macam zombi kampung pisang! Takut tak?


2. Lungfish

Dikenali juga sebagai Salamander fish. Tak taulah dalam bahasa melayu panggil apa. Ikan paru-paru kot. Lungfish adalah ikan air tawar yang boleh hidup tanpa air selama 6 bulan sebab dia kan ada paru-paru. nak heran apa takde air. kekeke. Ikan ni jugak antara binatang yang sangatlah panjang umurnya. Queensland lungfish yang disimpan di sebuah akuarium di Chicago sejak 1933 masih hidup hingga kini! Fuh. kalau macamtu mesti dah berjanggut putih sampai ke lutut (soalan: adakah ikan mempunyai lutut?)


1. Immortal jellyfish


Immortal adalah lagu nyanyian Evanscence. haha. ok ok. tu immortal lain. aku nak main-main pun tengok la sape yang baca blog kan. semua cerdik pandai belaka. Ya betu.l Immortal bermakna abadi dan tak mati. Walaupun mana ada benda yang abadi selain Allah yang Maha Esa lagi Maha Kekal, tapi obor-obor telah ditemui oleh saintis sebagai hampir tidak mungkin mati. Macam mana plak tu?


Jellyfish lahir dan membesar seperti biasa, namun hidupnya tiada pengakhiran sebab ia akan kembali ke bentuk polyp (bayi obor-obor) dan hidupnya akan bermula semula dari awal! Yang lama tak mati-mati, yang baru pulak lahir, maka dunia sekarang sebenarnya sedang diserang secara senyap oleh makhluk bernama obor-obor. Gerun ok. Obor-obor boleh membunuh walaupun namanya sangat mesra disebut dan didengar namun jangan jadi gila nak pegi makan binatang ini. Tak tahulah kalau tumpahan minyak kat laut tu boleh membunuh spesis berbahaya ni. hmm.

anak-ummi

Bahan Paling Ringan di Dunia

Tahu tak bahan paling ringan di dunia diperbuat daripada logam. Logam selalunya kita dengar berat-berat kan.
Menurut edisi terbaru Science, bahan paling ringan di dunia ini telah dicipta oleh jurutera US. Ianya diperbuat daripada tiub logam yang sangat halus yang disusun ke dalam kekisi mikro - corak yang merentasi pepenjuru dengan ruang kecil yang terbuka di antara tiub.

Dengan jisim 100 kali lebih ringan daripada styrofoam,  ia juga mempunyai kadar penyerapan tenaga yang sangat luar biasa. Ketebalan dinding kekisi tiub pula 1,000 kali lebih nipis dari rambut seorang manusia. 
Ketumpatan 0.9 milligram/cm3. Komposisinya terdiri daripada 99.99% udara dan 0.01% pepejal (90% nikel). 
Benda ini berpotensi untuk digunakan dalam industri aeroangkasa, pembuatan bateri dan kompenen-kompenen elektrik lain.

''It's sort of like a feather - it floats down, and its terminal velocity depends on the density,'' . ''It takes more than 10 seconds, for instance, for the lightest material we've made to fall if you drop it from shoulder height.''- Bill Carter, manager of the Architected Materials Group at HRL

gadislongleg

Seni Rekaan Bas Yang Pelik Dunia



Suatu rekaan bas yang tampak menarik seperti ia dihias dengan semburan grafiti di bahagian luaran. Tidak pasti mengapa ia dihasilkan sebegni rupa, yang penting ia nampak seperti disko bergerak.

 Seni Rekaan Bas Yang Pelik Dunia | Suatu rekaan bas yang tampak menarik seperti ia dihias dengan semburan grafiti di bahagian luaran. Di bahagian dalaman pula, dilengkapi dengan lampu yang agak terang seperti hijau, merah dan sebagainya. Bas ini agak pelik jika dibandingkan dengan bas-bas persiaran yang lain kerana dari segi rekaan luaran dalaman yang agak berbeza.









                                                                             

 Bas ini dah nampak macam disko bergerak pula. Ha Ha. Walaubagaimanapun tidak kiralah reka bentuk yang dihasilkan, yang penting bas tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi.

melayukini

Wanita Bertopengkan Mekap Tebal

Perempuan yang paling 'hodoh' adalah perempuan yang perasan cantik. Perempuan yang perasan cantik adalah perempuan yang suka menghabiskan masa dengan bersolek. Membelek wajahnya di hadapan cermin sehingga timbul rasa ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud kagum dengan diri sendiri.

"Wahh.. Boleh tahan cun jugak muka aku ni.. Ini kalau aku jadi pelakon, Lisa Surirumah pun tak boleh cari makan ni.."

Apabila dia mula kagum dengan kecantikan yang dimilikinya, tanpa segan silu dia berbangga menayangkan rupa parasnya itu untuk tatapan orang ramai. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada bukan mahram, maka perbuatan demikian dinamakan TABARRUJ!. Dari situ, akan timbul penyakit hati yang lebih besar iaitu perasaan riak. Bergunung-ganang pujian yang diterima pula akan menimbulkan perasaan takabbur. Membuatkan dia lupa anugerah Allah yang dipinjamkannya itu hanya bersifat sementara.



Perempuan yang suka mengenakan make-up yang tebal boleh dikategorikan sebagai seorang yang tidak jujur atau hipokrit kerana menipu diri sendiri dan orang lain dengan kecantikan palsu. Lebih teruk, bukan sekadar memakai lipstic, blusher dan eye shadow yang terdiri daripada pelbagai warna tu.  Malah ada yang mencukur bulu kening, mewarnakan rambut dan memakai bulu mata palsu semata-mata untuk kelihatan lebih cantik...lah sangat. Perbuatan tersebut dianggap tidak bersyukur dan mengubah ciptaan Allah.

"Dan janganlah kamu bersolek seperti solekan orang-orang Jahiliyyah yang dahulu."(Surah al-Ahzab: 33)

Perempuan jenis ini juga hanya nampak cantik atas jasa kamera. Contohnya, artis-artis kelihatan sangat cantik di dalam majalah dan TV. Tetapi, hakikatnya wajah mereka yang disolek tebal itu sebenarnya nampak sangat hodoh jika dilihat secara live. Nampak ber'tepung' dan berminyak. Warna kulit muka kelihatan sangat kontra dengan leher atau tangan. Bila mereka menanggalkan make-up, kelihatan seperti orang lain. Bukankah itu hipokrit? Padan muka diucapkan buat pemuja-pemuja artis. Terpesona dengan kecantikan palsu. Booo~~


Wanita yang paling cantik adalah wanita yang tidak sedar akan kecantikan yang dimilikinya. Malah sentiasa menutup kecantikkan tersebut dan cuma ditayangkan kepada suaminya yang tercinta. Dia hanya memandang kecantikan suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan. Dan tidak memandang keburukan itu suatu kehodohan atau kecelaan. Dia tidak kisah rupa paras yang cantik atau hodoh kerana keduanya adalah anugerah Allah dan bersyukur atas apa yang dikurniakan kepada dirinya. Kerana dia tahu, cantik di dunia bukan jaminan untuk kelihatan cantik di akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

Jika hendak bersolek sekalipun, cukuplah sekadar mengenakan mekap yang nipis dan tidak terlalu 'badut'. Bersolek sekadar tidak mahu kelihatan seperti mayat, itu sudah memadai. Fakta yang perempuan kena tahu, lelaki tidak suka dengan kecantikan yang diada-adakan. Lelaki lebih gemarkan natural beauty.

Sabda Nabi SAW : "Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ialah perempuan yang memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain."

Berhiaslah hanya untuk suami. Tetapi, usahlah terlalu tebal hingga kelihatan seperti orang lain. Jika ada suami yang gemar isterinya mengenakan mekap yang tebal, dia seolah-olah tidak dapat menerima isterinya seadanya. Lebih gemar melihat isterinya menjadi 'orang lain' dengan solekan tebal tersebut. Adakah cinta anda terhadap isteri hanya kerana solekan tebal? Lelaki... Jangan biarkan hidup anda diselubungi wanita bertopengkan mekap tebal.

Lebih baik bertopengkan niqab drp bertopengkan mekap tebal...

Wanita... Daripada kau gedik perasan diri secantik bidadari, lebih baik kau berusaha menjadi ketua bidadari di syurga...

Lelaki... Daripada kau terhegeh-hegeh mengejar wanita secantik bidadari, lebih baik berusaha mengejar bidadari di syurga...

p/s : Diulangi... make-up TEBAL.. Jangan salah faham. Bukannya mekap yang diharuskan. Ok!

solihinzubir

Kisah Pengajaran - Anak Derhaka kerana Isteri tercinta...




-Diceritakan oleh d Din Yusoh

Utas Travel and Tours Sdn.Bhd.

Beberapa hari selepas kami berada di Mekah, saya mula terdengar cerita-cerita daripada jemaah yang saya bawa tentang hubungan dingin antara seorang ibu dengan anak lelaki dan menantunya. Si ibu berusia 60-an sementara anak dan menantunya akhir 30-an. Mereka bertiga ialah antara beberapa ratus jemaah yang saya bawa untuk mengerjakan haji beberapa tahun lalu.

Saya diberitahu, hubungan dingin itu sebenarnya bermula sejak di Malaysia lagi kerana wanita berkenaan kurang senang dengan perangai menantunya yang sombong dan mengongkong suami. Kerana hidup dalam kemewahan, menantunya itu tidak menghormati wanita berkenaan selayaknya sebagai mentua, apatah lagi seperti ibunya sendiri.

Seperkara lain yang wanita itu benar-benar kecewa ialah biarpun anaknya itu ahli perniagaan berjaya, tetapi apabila berhadapan dengan isteri, dia jarang membantah, apa lagi mengangkat suara. Apa sahaja kehendak isteri diturutkan walaupun kadangkala menyinggung perasaan ibu dan keluarganya.

Walaupun telah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, wanita tersebut kesal kerana anak dan menantunya itu amat jarang balik ke kampung. Apatah lagi hendak tidur disana. Kalau singgah pun menantunya tidak mahu berada lama di rumahnya. Pelbagai alasan diberi supaya mereka cepat berangkat pulang.

Si ibu tadi telah menasihatkan anaknya supaya menegur sikap buruk isterinya itu, tetapi ia seperti tidak dilayan. Menantunya terus bongkak dan sombong. Si ibu juga mengingatkan anaknya jangan terlalu menurut kehendak isteri, namun dari sehari ker sehari, anaknya itu tetap mengikut telunjuk isterinya.

Saya dimaklumkan juga, wanita tersebut berkecil hati kerana menantunya tidak senang dengan kehadirannya di Mekah. Kalau boleh dia mahu pergi ke tanah suci bersama suaminya sahaja tetapi kerana lelaki berkenaan berkeras juga hendak membawa ibunya sekali, dia terpaksa mengalah, namun dengan bibir yang memuncung panjang dan kata-kata sinis serta sindiran tajam. Kerana itulah sejak sampai ke Madinah dan Mekah hubungan dingin itu menjadi semakin parah.

Oleh kerana mereka tinggal sebilik, si anak dapat melihat sendiri di depan matanya hubungan buruk antara ibu dengan isterinya. Pada mulanya dia tidak mengendahkan sangat kerana kedua-duanya orang yang dia sayang. Tambahan pula dialah yang membayar semua perbelanjaan mereka bertiga untuk ke Mekah.

Tetapi semakin hari perselisihan faham itu bertambah parah. Hubungan ibu lelaki tadi dengan isterinya semakin buruk. Bukan sekali mereka bertegang leher. Si ibu yang telah agak lanjut usianya, pastilah hendak supaya sentiasa dilayan hati dan perasaannya. Tetapi menantunya pula sombong dan panas baran. Dia tidak suka melayan kehendak mentuanya itu yang baginya cerewet.

Akibat perselisihan faham, mereka tidak menegur sapa dan si ibu pula enggan memakan makanan yang dimasak oleh menantunya itu. Ini menyebabkan si anak tadi terpaksa membeli makanan diluar untuk ibunya.

"Macam mana isteri kau nih Man. Emak pun tak dihormatnya. Emak minta tolong sikit dia membebel. Emak nak itu dia tak layan, nak ini, dia tak peduli, "rungut si ibu kepada anaknya.

"Abang tengok-tengoklah sikit emak abang tu. Cerewet, nak itulah, nak inilah, macam-macam. Saya dah cakap jangan bawa abang nak bawa juga. Hah...sekarang macam mana?" kata si menantu pula dengan suara yang kasar.

Kedua-duanya memberikan alasan masing-masing hingga si anak berasa amat tertekan. Hendak dimenangkan ibunya, khuatir isteri bermasam muka. Hendak dimenangkan isteri, khuatir ibunya pula terasa hati. Jadi sedaya yang boleh dia cuba memekakkan telinga dan membutakan mata daripada pertelingkahan itu.

Perbalahan mereka tiga beranak terbawa-bawa keluar. Apabila berjalan, duduk di meja makan atau bersiar-siar, masing-masing membawa arah sendiri. Akhirnya masalah itu dihidu oleh jemaah-jemaah lain. Mereka mula menjadi perhatian. Begitu juga saya. Pelbagai cerita yang saya dengar tentang mereka.

Selepas lama berselisih faham, si anak sedikit demi sedikit menyebelahi isterinya. Bagi lelaki itu, ibunya yang bersalah kerana terlalu banyak meminta, cerewet dan terlalu ambil hati.

"Orang tua, macam tulah yang," kata lelaki itu memujuk isterinya.

Suatu hari, si ibu memanggil anaknya. "Man, boleh tak kau belikan sejadah untuk emak? Di kedai bawah tu aja, "katanya. "Emak nak berapa?" soal anaknya. "Dalam 10 helai." "Eh, nak buat apa banyak-banyak?" soal si anak lagi. "Alaaah....nak buat kenangan, lebih tuh nak kasi pada kawan-kawan dan orang kampung. Dapat juga pahala, kau pun dapat pahala sama," kata si ibu dengan tersenyum.

Mendengar permintaan mentuanya itu, isteri si anak menarik muka masam. Matanya merenung tajam wajah suaminya sebagai isyarat "jangan layan!" Kemudian mukanya ditoleh ke arah lain. Ekoran itu, si anak yang pada mulanya mahu menuruti permintaan ibunya, kembali ke tempat duduk.

"Tak bolehlah mak. Saya penatlah. Nantilah bila nak balik nanti saya belikan," jawab si anak.

Tetapi kata-kata itu menyebabkan ibunya berkecil hati. Dia kecewa anak kesayangannya itu sanggup mengetepikan permintaannya, sebaliknya menurut saja apa kata isteri.Lantas dia berkata,"Kau nih Man,emak nak benda tu pun tak boleh beri. Tapi kalau orang rumah kau, dah sampai penuh begnya pun kau nak belikan barang lagi. Emak ni kau belikan sedikit aja. Sampai hati kau Man."

Sepatutnya kata-kata ibu tadi diterima dengan keinsafan tetapi tanpa disangka anaknya naik berang.Dengan meninggikan suara, dia memarahi ibunya.

"Emak ni! Apa mak nak buat dengan barang-barang tu? Mak kan dah tua, buat apa nak beli itu beli ni. Isteri saya adalah sebab saya beri macam-macam, sampai penuh beg. Saya ada anak. Saya nak belikan barang-barang untuk anak kami juga!" katanya dengan muka masam mencuka. Dadanya turun naik menahan marah. Isterinya pula tersenyum puas.

Si ibu terkejut, lantas berkata, "Sampai hati kau cakap macam tu dengan emak. Aku ni emak kau, tak boleh kau tengking herdik. Kalau sayang bini pun janganlah sampai emak sendiri engkau ketepikan, engkau marah-marah, "katanya dengan kecewa.

Si anak bertambah berang. "Emak tu dah tua,buatlah cara tua! Jangan nak minta itu minta ini!"

Ibunya makin terkilan.Hatinya begitu hancur apabila anak yang dipeliharanya sejak kecil dengan penuh kasih sayang sanggup mengherdiknya sebegitu rupa. Tindakan anaknya yang sudah melampau itu menyebabkan si ibu marah.

Sambil merenung tajam wajah anaknya, si ibu berkata, "Man, Aku ni emak kau tau. Aku yang lahirkan engkau. Bila masa isteri engkau beranakkan kau? Bila masa dia besarkan kau?

"Ingat Man, emaklah yang susah payah jaga kau, cari duit nak besarkan kau, hantar ke sekolah sampai kau berjaya sekarang. Tapi bila dah berjaya kau buat emak macam ni. Isteri kau lebihkan daripada emak kau sendiri. Dengan isteri kau cakap dengan baik tapi emak kau sendiri kau tengking-tengkingkan."

Dan dengan suara tegas si ibu tadi menyambung, "Kalau beginilah sikap engkau Man, mulai hari ini emak haramkan susu emak yang dulunya kau minum!"

Takdir Allah, serentak dengan kata-kata si ibu tadi,anaknya terus jatuh terjelepok ke lantai. Bagai panahan petir, kata-kata tersebut seolah-olah "membunuh" si anak tadi serta-merta. Begitu cepat balasan Allah kepada hamba-Nya. Tanpa menoleh kepada anaknya yang terbaring di lantai, si ibu tadi bergegas keluar dari biliknya. Sambil berjalan dia mengesat air matanya yang menitis dengan lengan bajunya. Dia tidak menoleh ke belakang lagi.

Sementara itu si anak pula terkulai dengan mata terkebil-kebil. Badannya longlai dan lembik. Isterinya pula menangis tersedu-sedu.

Sejak itu kesihatan si anak mula terganggu. Badannya seperti sedang sakit, namun apabila diperiksa, doktor gagal mengesan apa puncanya. Bagaimanapun, bala yang menimpanya itu masih gagal menyedarkan si anak tadi. Dia dan isterinya tetap enggan bertegur sapa dengan ibunya. Apa yang telah menimpanya langsung tidak diambil iktibar. Bagi lelaki berkenaan, apa yang berlaku bukanlah balasan Allah dan tubuhnya tidak sihat juga bukan satu petunjuk daripada Allah tentang kesilapannya. Ia cuma kebetulan.

Tinggallah si ibu tadi memendam perasaan kesal dan kecewa. Biarpun duduk sebilik dia diasingkan oleh anak dan menantunya sendiri. Makanan dan minuman terpaksa dia pergi membelinya di luar. Di bilik, dan apabila berada di luar dia lebih banyak termenung dan menangis. Jika jemaah lain bertanya mengapa, atau di mana anak dan menantunya, wanita tersebut tidak menjawab. Sebaliknya terus menangis dan menangis.

Anak yang derhaka tidak akan terlepas daripada balasan Allah. Kesihatan si anak tadi semakin buruk. Badan dan kakinya lemah hingga dia tidak terdaya untuk berdiri sendiri. Akibatnya si anak itu terpaksa dipapah dan diusung semasa wukuf, sai, melontar jamrah, tawaf dan sebagainya. Badannya benar-benar lemah untuk melakukan ibadah-ibadah tersebut.

Sementara itu, kerana tidak ada lagi tempat bergantung, si ibu tadi menunaikan haji bersama-sama kami, dengan bantuan dan pertolongan kami, bukan oleh anak dan menantunya. Masing-masing menjauhkan diri dan tidak bertegur sapa seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain. Suatu hari saya menemui wanita tersebut.

"Mak aji...sudahlah tu. Maafkanlah anak makcik tu. Yang lepas tu lepaslah, dia dah terima balasannya,"kata saya.

Wanita itu cuma mendiamkan diri. Dia menangis dan mengesat air matanya yang gugur. Saya terus juga menasihatkannya, tapi seperti tadi, wanita itu langsung tidak mahu menjawab barang sepatah pun. Dia sebaliknya cuma menangis. Dari raut wajahnya ternyata dia benar-benar kesal dengan sikap anak dan menantunya hingga dia tidak sanggup lagi bercakap tentang mereka.

Selepas itu saya menemui anaknya pula.Lelaki berkenaan seolah-olah terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut.Isterinya pula cuma mencebikkan bibir bila saya sebut nama mentuanya.

Begitulah keadaan mereka hingga selesai musim haji dan seterusnya kembali ke tanah air. Sejak itu saya tidak menghubungi mereka lagi. Khabar yang saya terima memang mengejutkan. Saya diberitahu, sejak pulang ke tanah air si anak tadi sakit terus-menerus. Penyakitnya agak kronik dan gagal diubati doktor.

Namun dalam tempoh itu hubungan mereka tiga beranak tetap tidak berubah. Anak yang telah mendapat balasan Allah juga masih tidak insaf dengan kesilapannya. Ibu pula yang telah terkilan dengan sikap anaknya, tetap enggan memaafkannya. Sejak kembali dari Mekah,mereka langsung tidak mengunjungi antara satu sama lain.
Berita terakhir saya terima ialah lelaki terbabit telah meninggal dunia selepas menderita sakit selama 10 tahun.

"TUHANMU TELAH MEMERINTAHKAN HENDAKLAH KAMU TIDAK BERBAKTI KECUALI KEPADA-NYA DAN BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA, JIKA SALAH SATU ANTARA MEREKA ATAU KEDUA-DUANYA SUDAH SAMPAI UMUR TUA DAN BERADA DALAM PEMELIHARANMU, MAKA JANGANLAH KAMU KATAKAN KEPADA MEREKA ITU KATA-KATA "AH", DAN JANGAN KAMU BENTAK MEREKA TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA BERDUA KATA-KATA MULIA. DAN RENDAHKANLAH TERHADAP MEREKA BERDUA SAYAP KERENDAHAN KERANA KASIH, DAN DOAKANLAH KEPADA TUHANMU: BERILAH RAHMAT KEPADA MEREKA ITU SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MEMELIHARAKU PADA WAKTU AKU MASIH KECIL."

[Surah al-Israa' 7:23-24.]

Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

"SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA SAHAJA YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL DUNIA


watieawang.

Resepi Bulan Muharam ... Bubur Asyura Kedah























Bahan-Bahan: 
1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
200g sagu
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cara: 
1.Bancuh tepung beras bersama 7 liter
air,kacau di atas api.
2.Masukkan pati santan dan daun
pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
3.Masukkan gula pasir,gula merah dan
garam.
4.Masukkan kacang hijau,kacang kuda,
jagung dan keledek.
5.Masukkan kesemua bahan yang lain dan
kacau sehingga masak.
6.Bila sudah masak tuang ke dalam acuan
dan sejukkan sebelum dipotong.






























Bubur ni,kalau buat secara bergotong-royong memang best.Dapat mengeratkan ikatan silaturahim sesama kita.Kalau masak dalam kawah,warna dan rasanya pun berbeza.

my-resepi

Rekod Baru Orang Paling Rendah di Dunia

Jyoti Amge, seorang pelajar India yang berumur 18 tahun telah diisytiharkan sebagai wanita paling pendek di dunia oleh Guiness World Records pada Jumaat semalam.


Dengan ketinggian 62.8 cm (24.7 inci), dia 7cm lebih pendek daripada pemegang Guiness World Records sebelum ini iaitu Bridgette Jordan, seorang rakyat Amerika.
 Bridgette Jordan bersama abangnya

Bagaimanapun ketinggian Jyoti Amge ini tidak dapat megatasi wanita terpendek dalam sejarah iaitu Pauline Musters, yang tinggal di Belanda. Pemegang rekod dari 1876 hingga 1895 dengan ketinggian 61 cm (24 inci).
Pauline Musters like a doll la

gadislongleg.

Tatacara Menjawab Telefon

 Pernahkah anda sakit hati kepada seseorang dan seseorang tu tetap menghubungi anda. Bagaimana mahu melayan. Ini ada 12 cara menjawab telefon yang boleh dipraktikan.

12 Cara Menjawab Telefon | Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah… dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon). Jom kita tengok apakah 12 cara menjawab telefon paling kerek sekali.



1. Soalan: Haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: Maap. sini bukan balai polis.

2. Soalan: Haloo, siapa disana?
Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.

5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: Boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.

8. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. saya sibuk. maap

9. Soalan: Halloo… …
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?

10. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: Haloo, Betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: Assalammualaikum…
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

kumbangjingga

Banner yg di pasang di pintu pagar masjid terapung,Umno berpolitik dlm masjid ke ?






Oleh Open Minda

Petua Islam Dalam Menangani Perasaan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong iaitu ego. Lagi  besar  ego seseorang lagi besar marahnya.  Ini  berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya,  maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya. Marah apabila tidak dibendung maka akan membawa perkara yang di luar batasan. Justeru, Islam mengajar kita untuk menahan marah seperti berikut


 Pertama

Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dalam menghadapi apa saja situasi. Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dalam hal ini seperti kisah yang berikut:

Suatu hari seorang lelaki yang bernama Zaid bin Sa’nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid datang dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dengan senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar.
“Aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dengan baik dan menyuruh lelaki tadi(Zaid) meminta dengan cara yang baik”
Nabi meminta sahabat untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sebagai tanda memujuk Zaid atas sikap Umar. Dengan sikap dan akhlak yang ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam. (Hadith riwayat Ibnu Hibban al-Hakim dan at-Thabrani)

Kedua

Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan orang yang menahan marah dan memaafkn kesalahan orang lain.
Firman Allah swt
“Orang-orang bertakwa ialah orang yang berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah mencintai orang yang berbuat kebaikkan” (Al-imran:134)
Nabi SAW bersabda bermaksud :
“Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari”
(Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)
Ketiga

Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam. Banyakkan  baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

Firman Allah Ta’ala :
”Dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui” (Al-A’raf:200)

Keempat

Orang yang marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk. Apabila kedudukan seseorang yang marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
Kelima

Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yang telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan ketika perasaan marah telah reda

Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam”Nabi saw mengucapkannya 3 kali.
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

Keenam

Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta daripada api. Maka yang demikian, yang dapat memadamkan api adalah air yang dapat diperoleh daripada berwudhuk, demikian dangan izin Allah dapat meredakan kemarahan.


Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang daripada kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

wanitasihat

Petua buat Ibu Bapa mendidik anak



1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai
barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"


yusofembong

Misteri Kehilangan Terjawab -Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay

Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar Perubatan University College Dublin kahwin Gay

Kenal Ariff Alfian Rosli? Masih ingat siapa Ariff Alfian Rosli? Ya, bekas pelajar Perubatan University College Dublin yang dilaporkan hilang sejak 2009 di akhbar-akhbar tempatan baru-baru ini.
Ariff Alfian Rosli


KUALA LUMPUR 14 Dis. - Bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD), Ariff Alfian Rosli, 28, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya kelmarin berada dalam keadaan selamat di Dublin, Ireland.

Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian di UCD lagi.

Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.

''Kerana itu juga Ibu Pejabat Imigresen Republik Ireland tidak boleh memberi maklumat berkaitan Ariff Alfian kepada ibu bapanya, ini kerana kita terikat dengan akta tersebut dan bukan seperti yang dilaporkan oleh ibu bapanya semalam.

''Status Ariff Alfian di sini sah termasuk dari segi visa dan segala dokumennya juga sah. Semua sah, tiada kesalahan. Justeru, beliau dibenarkan untuk menetap di sini.

"Namun, kita sebagai pihak yang terdekat dengan Ariff Alfian akan berusaha mendapatkan beliau supaya menghubungi keluarganya di Malaysia,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan kehilangan Ariff Alfian yang dibuat oleh bapanya, Rosli Haron menerusi akhbar Utusan Malaysia kelmarin.

Sementara itu, Bahagian Konsular dan Bahagian Eropah Wisma Putra ketika dihubungi menjelaskan pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengesan pelajar terbabit selepas menerima laporan kehilangan pada 2009.

"Kami telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengesan pelajar tersebut dan telah dimaklumkan pelajar itu mempunyai rekod yang sah untuk memasuki Ireland.

"Namun, percubaan untuk menghubungi beliau gagal kerana dia tidak mahu berjumpa pihak kedutaan mahupun keluarganya," kata sumber tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa ketika dihubungi berkata, pihaknya dalam usaha mendapatkan maklumat terperinci mengenai bekas pelajar UCD itu daripada pelbagai pihak termasuk Petronas.

''Pegawai kita juga sedang mendapatkan maklumat daripada masyarakat Malaysia di Dublin. Kes ini juga dalam pemerhatian Wisma Putra,'' katanya.

Utusan Malaysia juga difahamkan pelajar terbabit pernah pulang ke tanah air pada pertengahan 2009 untuk meneruskan pengajian di universiti tempatan.

Bagaimanapun, pada November tahun yang sama, dia kembali semula ke Ireland dan terus menetap di republik tersebut dengan rekod perjalanan yang sah.

Siapa sangka pelajar sebijak Ariff Alfian Rosli itu melakukan perkara yang langsung tidak dapat diterima akal apatah lagi sebagai seorang Islam dengan berkahwin dengan pasangan gay. Rasanya seluruh umat Islam kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Ariff Alfian Rosli dengan berkahwin dengan pasangan Gaynya, Jonathan dari Dublin. Tak terfikir kah dia tentang perasaan ibu bapa dia??? Astagafirullahalazim...... Semoga dia sedar dengan apa yang dia lakukan dan kembali ke pangkal jalan.

Gambar Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay

Gambar Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay 1

Gambar Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay 2

Gambar Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay 3

amry85.blogspot


TIP & PETUA Mata Cantik, Mata Sihat

                                                                       
Rias mata
        
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera, malam ni al nak berkongsi beberapa TIP & PETUA tentang kesihatan serta kecantikan mata dengan anda semua. Diantara Tip dan Petua tesebut ialah seperti di bawah.

1. Hilangkan lebam bawah mata.
Ambil sebiji timun dan hiris dengan ketebalan sederhana. Kemudian, tekapkan hirisan timun tadi pada kedua-dua belah mata selama beberapa minit. Selain timun, anda boleh juga menggunakan buah tomato.

2. Petua segarkan mata.
Ambil dua uncang teh yang sudah digunakan dan lekapkan pada kedua-dua belah mata selama lima minit. Amalkan selalu supaya mata sentiasa segar dan bersinar.

3. Rawatan untuk mata rabun.
Jika mata anda rabun, amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin A dan D seperti kangkung, lobak merah, epal, mangga dan betik. Semoga tahap rabun anda berkurangan.

4. Sembuhkan sakit mata.
Jika anda mengalami sakit mata, ambil lah satu sudu besar garam dan masukkan ke dalam besen berisi air. Kacau garam tersebut sehingga larut. Kemudian, masukkan muka kedalam air campuran garam tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali. Hasilnya, insyaALLAH sakit mata anda akan berkurangan.

5. Redakan mata yang gatal.
Ramas beberapa helai daun sirih dan rendamkan di dalam air suam selama 10 minit. Kemudian, tapis air tersebut. Gunakannya untuk mencuci mata anda sehingga rasa gatalnya berkurangan.

P/s : Selamat mencuba, insyaALLAH semuanya atas izin ALLAH...

mlmsms2u

Ciptaan Terbaru - Kapal Selam Keluaran Perodua


gadislongleg

Oley

Jumaat, 16 Disember 2011

Fakta - Ibu bapa sibuk, anak boleh sakit mental


PUTRAJAYA – Ramai remaja dan kanak-kanak di negara ini mengalami masalah kesihatan mental disebabkan perubahan gaya hidup masyarakat termasuk ibu bapa sibuk bekerja dan tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi anak-anak.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai, isu masalah kesihatan mental kanak-kanak berusia lima hingga sembilan tahun meningkat daripada 12.3 peratus pada tahun 1996 kepada 19.1 peratus tahun ini.

“Peningkatan yang sama juga berlaku di kalangan remaja berusia 15 dan 16 tahun daripada 13.4 peratus pada 1996 kepada 22.2 peratus pada tahun ini,” katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.

Masalah tersebut dikesan melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) oleh Kementerian Kesihatan yang menunjukkan peningkatan terhadap isu kesihatan mental di kalangan golongan berkenaan pada tahun ini berbanding kajian 2006.

Tinjauan itu turut menunjukkan peningkatan terhadap masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, tabiat merokok, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan di kalangan masyarakat negara ini.

Tiong Lai memberitahu, kajian itu walaupun tidak mengkaji punca berlakunya peningkatan berkenaan tetapi beliau berpendapat masalah kesihatan mental itu berpunca daripada ramai ibu bapa yang sibuk bekerja dan tiada masa mengetahui masalah yang dihadapi anak-anak mereka.

kosmo

Teknik Berjimat - 10 Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Tumbuhan Semulajadi19

Bau badan selalunya akan membuatkan kita jadi tidak yakin ketika bersama dengan kawan-kawan kita, sebenarnya banyak tanaman semulajadi yang boleh di jadikan sebagai deodorant semulajadi untuk menghilangkan bau badan tersebut, berikut adalah tanaman-tanaman yang boleh kita gunakan.




1. Daun Sirih



Sudah sekian lama dikenali, berkhasiat sebagai antiseptik juga mengandungi zat-zat aktif yang mampu menghilangkan bau badan yang disebabkan oleh bakteria atau kulat. Mengandungi bahan kimia dalam minyak patinya: al. kadinen, kavikol, seneol, eugeol, karvakol dan bahan-bahan samak.

Khasiat lainya: Beberapa helai daun sirih direndam dalam air panas, setelah agak-agak suam airnya diminum. Atau daun sirih dihaluskan bersama kapur sirih lalu di sapukan di ketiak.


2. Daun Beluntas 
Biasanya ditanam sebagai tanaman pagar dan mempunyai sifat khas berbau kurang menyenangkan dan rasanya pahit. Daun dan bunga beluntas mengandungi alkali yang bertindak sebagai antiseptik. Kandungan kimia al. amino (leusin, isoleusin, triptofan, treoin), lemak, kalsium, fosforus, besi, vitamin A dan C.

Cara Penggunaan: Dimakan mentah-mentah atau dikukus, juga boleh minum air rebusannya.

Khasiat lainya: Juga mujarab untuk mengurangkan panas badan semasa demam. Boleh menurunkan suhu tubuh dan menyejukkan badan, dengan begitu banyak peluh yang keluar dan suhu badan menjadi turun.




3. Daun Selasih
Mengandungi antiseptik.

Cara Penggunaan: Dimakan mentah-mentah sebagai ulam.


Khasiat lainya: Meningkatkan selera makan. Jika dimakan segenggam pada waktu pagi dan petang selama masa haid maka bau badan yang sering menghinggapi perempuan haid akan berkurangan.



4. Kunyit

 
Mengandungi bahan kimia al. sapomin, flavioinoida dan minyak pati.

Cara Penggunaan: Minum air rebusan, kunyit yang telah dicincang halus, jus halia parut ditambah madu sedikit. Kunyit yang kisar juga boleh dilumur seluruh badan hingga kering.


5. Bunga Kantan


Mengandungi Sapomin, flavoinoida dan polifenol.


Cara Penggunaan: Daun muda dan bunga di masak dan dimakan sebagai ulam.


6. Limau Purut
Cara Penggunaan: Minum campuran pati kulit limau purut dengan sebatang lengkuas yang dikisar bersama-sama dengan air secukupnya




7. Limau Nipis
Cara Penggunaan: Air perasan limau nipis dicampur kapur sirih disapu pada ketiak


8. Halia 
 


Sebahagian besar orang India percaya kalau rajin memakan Halia boleh membuat badan seseorang mengeluarkan aroma wangi. Menurut Pen Chao Cing dari maharaja Shen Nong (3000 SM), halia segar boleh dapat menghilangkan bau badan sekaligus mendekatkannya pada aura spiritual.


Cara Penggunaan: Minum air halia yang dikisar, atau juga boleh dicampurkan dalam minuman lain seperti teh.




9. Timun
Cara Penggunaan: Ambil sebiji buah timun muda dan dikupas kulitnya lalu digosokkan ke bahagian badan yang berbau berulang kali ketika mandi.


10. Cengkih

Cara Penggunaan: Beberapa kuntum bunga cengkih direndam sehingga mengembang kemudian airnya diminum.

Khasiat lainya: Air rebusan beberapa kuntum bunga cengkih dengan gula merah, juga dapat menjadi minuman segar dan menghangatkan dikala hujan



v12gether

Anda Berkenan ,Klik Di Bawah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...