Jumpaan pelbagai ukiran dinding dan corak pada dinding Kuil Hathor di Kompleks Kuil Dendera, Mesir membongkar satu maklumat menarik tentang masyarakat Mesir kuno. Sebahagian besar daripada ukiran dinding tersebut, sebagaimana yang dipaparkan di bawah, terdapat di Kompleks Kuil Dendera. Rekaan ukiran tersebut menunjukkan bahawa orang-orang Mesir purba mendapat pencahayaan melalui penggunaan mentol dan lampu arka.
Pemeriksaan teliti terhadap gambar-gambar berikut di Kuil Hathor menunjukkan bahawa penebat bervoltan tinggi telahpun digunakan, sama seperti yang ada pada masa kini; ini disokong oleh tiang berbentuk segi empat bujur yang menyerupai sebiji mentol (dipercayai telah digunakan sebagai penebat dan dikenali sebagai Djed Column). Keserupaan menakjubkan dengan mentol lampu yang kita gunakan pada hari ini amat menarik.
Walter Garn, seorang jurutera
elektrik berbangsa Austria telah mengkaji ukiran berkenaan secara
terperinci, dan menghasilkan semula penebat Djed Column, mentol dan
pintalan wayar. Model yang dibina oleh beliau berfungsi dan memancarkan
cahaya.
Dalam satu siaran dokumentari pada September 1996 oleh saluran Amerika ABC, sistem pencahayaan ini telah diuji oleh saintis di hadapan kamera. Kejayaan sekali lagi dicapai dan cahaya diperolehi. Secara asasnya, ini hanyalah mentol dan ia berfungsi melalui teknik yang dipaparkan pada lukisan dinding masyarakat Mesir kuno, sehingga menghasilkan cahaya. Dalam video berikut, anda dapat melihat sendiri bagaimana cahaya diperolehi melalui kaedah yang digunakan oleh orang-orang Mesir purba.
Dalam lukisan dari Kuil Dendera ini,
empat lampu filamen (komponen dalam lampu yang menghasilkan pemanasan)
lebar dapat dilihat di sebelah kiri. Seutas kabel bersambung dari satu
bateri elektrik gergasi di sebelah kiri yang menghasilkan kuasa pada
lampu-lampu tersebut.
Pemerhatian mendalam terhadap gambar
di atas mendapati bahawa kabel elektrik yang menyambungkan bateri dengan
lampu dilapisi manik-manik kecil yang berturutan. Manik-manik sebegitu
digunakan untuk menebat elektrik yang mengalir pada kabel. Gambar di
bawah menunjukkan satu daripada lampu arka yang pertama kali dikeluarkan
dalam abad ke-19.
Lampu filamen pertama yang dicipta
oleh Thomas Edison dan ditunjukkan dalam gambar, memiliki satu persamaan
dekat dengan lampu yang dipegang oleh orang Mesir berkenaan.
Dalam gambar ini yang ditemui pada
dinding sebuah makam di Kuil Dendera, seutas kabel elektrik direntangkan
dari sebuah lampu bermentol tiga.
Gambar ini menunjukkan sebiji bateri
dan kabel dalam pegangan satu daripada tiga orang serta lampu elektrik
dalam pegangan seorang lagi.
Ilustrasi ini memberitahu kita
tentang pelan pencahayaan dalam Kuil Dendera.
Dalam bahagian A, lampu yang telah dialihkan daripada bateri dimasukkan
pada lampu yang dibawa dipegang dengan tangan. Bahagian B menunjukkan
bahawa bateri berwarna merah bersambung dengan lampu elektrik putih.
Dalam seksyen C pula, sebuah lampu elektrik berdiri pada satu tempat
yang panjang dan tipis, iaitu sumber tenaganya. Dua lingkaran dapat
dilihat pada lantai di sebelah kanan dan kiri; ia berkemungkinan
disambungkan pada kutub positif dan negatif sumber kuasa berkenaan.
Skru-skru dapat dilihat di antara kabel.
Satu bukti bahawa masyarakat Mesir purba mungkin telah menggunakan elektrik adalah ketiadaan sebarang kesan jelaga pada dinding dalaman makam dan piramid mereka. Seandainya dahulu mereka mengunakan obor dan lampu minyak untuk pencahayaan, maka kesan jelaga pasti akan tertinggal. Namun tiada sedikitpun kesan yang ada, bahkan bilik paling dalam pun tidak berjelaga. Mustahil pembinaan dapat diteruskan tanpa adanya pencahayaan, lebih-lebih lagi untuk menghasilkan mural menakjubkan pada dinding-dinding piramid. Ini menguatkan kemungkinan bahawa sememangnya elektrik telah digunakan dalam dunia Mesir kuno.
Tiang Djed (Djed Column) yang sering
ditemui dalam hieroglif masyarakat Mesir mungkin melambangkan peranti
elektrik sebegitu. Tiang Djed boleh bertindak sebagai satu penjana untuk
memancarkan cahaya melalui cara ini.
Masyarakat Mesir Purba Memegang Lampu Arka
Dalam lampu-lampu arka, pencahayaan terhasil kerana satu lengkok cahaya muncul di antara dua konduktor elektrik. Apabila kedua-dua rod yang berlainan cas dirapatkan di antara satu sama lain lalu dijarakkan beberapa milimeter, arus elektrik yang timbul menyebabkan cahaya dipancarkan. Lampu arka adalah 200 kali lebih kuat berbanding mentol klasik dan memancarkan satu cahaya yang amat kuat dan terang. Disebabkan tenaga tersebut, mentol-mentol sebegitu digunakan di dalam studio, terapi cahaya, lampu projektor dan sinematografi.
Satu model lampu arka pertama yang dibuat sekitar abad ke-19.
Dalam ilustrasi ini, dua barangan
logam bertentangan yang bercas dipegang oleh orang di sebalah kanan dan
kiri memancarkan cahaya dengan menghasilkan arus elektrik.
Pembinaan semula dalam gambar di atas
menunjukkan cara penggunaan lampu arka di dalam Kuil Dendera. Di
sebelah bawah pula adalah satu lengkok cahaya yang terhasil daripada dua
rod karbon bertentangan yang dicas.
Sebiji mentol yang berfungsi
berdasarkan prinsip lampu arka dapat menghasilkan pencahayaan yang
berkuasa tinggi dalam projektor moden dan juga sebagaimana yang telah
digunakan oleh orang-orang Mesir purba.
Ilustrasi ini menunjukkan satu lampu
arka mudah yang dibuat daripada dua rod karbon bertentangan yang dicas
dari sebiji bateri kereta. Lampu yang dipegang oleh penduduk Mesir kuno
juga menyerupai lampu suluh kecil dengan bateri sendiri di bawahnya.
Bertentangan dengan tuntutan para evolusionis, sejarah manusia penuh dengan bukti bahawa bangsa purba memiliki teknologi dan tamadun yang jauh lebih hebat daripada yang disangkakan. Satu daipada bukti ini adalah ilmu pengetahuan elektrik masyarakat Mesir purba.
* Diterjemahkan daripada sumber: http://harunyahya.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan