Dalam Islam tidak dikenali istillah percintaan.Namun Islam menyediakan sebuah proses perkenalan menuju pernikahan
iaitu mengenali calon pasangan hidup, melalui proses yang sering disebut
taaruf.Taaruf biasanya didahulukan dengan nadhar, iaitu melihat calon suami atau isteri yang akan dikenalkan.Bila dalam proses melihat nadhar ini jika ada ketertarikan
maka akan dilanjutkan dengan perkenalan atau taaruf, iaitu
berbincang-bincang menyamakan persepsi dan menambahkan latar belakang
tentang calon pasangan.
Persoalannya, bolehkan cinta muncul dalam taaruf yang begitu singkat ini?
Hanya memandang sudah mampu membuatkan
seseorang jatuh cinta? Apa yang harus diungkapkan kepada calon pasangan
ketika taaruf? Untuk mengenali calon pasangan hidup dengan lebih
mendalam
1. Mengenali Calon Pasangan: Keadaan Keluarga
“Pilihlah calon suami / isteri yang baik demi keturunanmu, sebab pengaruh keturunan itu sangat kuat” (HR Abu Daud)
Jelaskanlah kepada calon pasangan
tentang anggota keluarga masing-masing. Misalnya tentang berapa jumlah
saudara kandung kita, anak ke berapa, bagaimana tahap pendidikan,
pekerjaan dan lain-lain.
Perkara ini untuk melengkapkan informasi
mengenai calon pasangan kita. Dari informasi ini kita boleh mengetahui
siapakan calon – calon pasangan kita ini. Bagaimanakah latarbelakang
keluarganya dan perkara – perkara lain yang penting untuk kta tahu,
2. Mengenali Calon Pasangan: Harapan Dan Prinsip Hidup
Warna kehidupan kelak ditentukan dengan
visi dan misi suatu keluarga. Terutama si suami kerana dia adalah qowwam
dalam suatu keluarga. Sebagai pemimpin dia laksana nakhoda sebuah
bahtera.
Kerana itu setiap calon pasangan harus
mengetahui harapan dan prinsip hidup masing – masing. Pertanyaan tidak
harus diiringi dengan kata – kata sedemikian rupa seperti, “Jika awak menjadi isteri saya nanti, harapan saya semoga kita semakin dekat kepada Allah“, atau, “Jika awak menjadi isteri saya nanti, mari bersama mewujudkan keluarga sakinah, rahmah dan mawaddah.“
Kita boleh menggunakan bahasa yang lebih verbal, seperti, “Apa yang kamu rancang bila sudah berkahwin nanti“. Bahasa ini lebih sopan dan tidak menunjukkan harapan terlebih dahulu. Segalanya masih banyak kemungkinan.
3. Mengenali Calon Pasangan: Kesukaan Dan Perkara Yang Tidak Disukai
Dari awal sebaiknya dijelaskan apa yang
disukai, atau apa yang kurang disukai. Sehingga nanti pada saat telah
menjalani kehidupan berumahtangga dapat saling memahami, kerana telah
dijelaskan dari awalnya.
Dalam pelayaran bahtera rumah tangga
perlu saling mengerti. Contoh paling mudah, isteri yang suka masakan
pedas, sesekali masakannya janganlah terlalu pedas, kerana suaminya
kurang suka.
Suami yang memang tidak suka berkemas
kerana lama menjadi bujang, setelah berkahwin mungkin boleh belajar
lebih kemas. Semua ini menjadi mudah dilakukan kerana telah dijelaskan
dalam taaruf.
Namun harus diingat bahawa perkahwinan
itu bukan untuk merubah pasangan. Namun ia juga bukan untuk terus
bersikap seolah – olah belum berkahwin.
Perubahan sikap dan keperibadian dalam
tahap tertentu adalah sangat wajar. Juga hendaknya perubahan yang
terjadi adalah natural, dan tidak saling memaksa.
4. Mengenali Calon Pasangan: Ketakwaan Calon Pasangan
Apa yang terpenting semasa taaruf?
Yang semestinya menduduki keutamaan tertinggi adalah bagaimana nilai ketakwaan lelaki / wanita tersebut.
Ketakwaan disini adalah ketaatan kepada
Allah. Kerana apabila seorang lelaki itu senang, dia akan menghormati
isterinya, dan jika dia tidak menyenanginya, dia tidak akan berbuat
zalim kepadanya.
Tetapi bagaimana caranya menilai lelaki itu bertakwa atau tidak?
Tanyakan kepada orang-orang yang dekat
dengan dirinya, misalnya sahabat, saudara atau sahabatnya tentang
ketaatannya menjalankan ketentuan yang telah menjadi rukun Iman dan
Islam dengan jujur.
Contoh ketaatan misalnya tentang solat 5
waktu, puasa Ramadhan, atau pula bagaimana sikapnya kepada jiran
tetangga atau orang yang lebih tua, dan lain – lain.
Apatah lagi bila lelaki itu juga rajin
melakukan ibadah sunat, nampaknya tidak perlu ditawar-tawar lagi untuk
dipilih menjadi pasangan hidup.
http://akuislam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan