Jumaat, 5 Julai 2013

Nak Cari Isteri Cantik, Boleh Tak?

“Saya perhatikan bila lelaki nak pilih isteri, mesti dia nak cari yang cantik, yang lawa, yang ‘cun’ dan sebagainya. Sesetengah lelaki yang berkelulusan agama pun macam tu. Betul ke macam tu yang disarankan syariat? Boleh ke macamtu?” 

Isteri Cantik 

Mereka yang berkahwin disebabkan semata-mata memandang kecantikan seseorang perempuan itu saja akan merosakkan diri mereka sendiri. Kecantikan tidak tahan lama. Mungkin sekitar sepuluh tahun sudah luntur.




Selepas itu kulit makin berkedut, uban di kepala makin bertabur, gigi pun makin gugur, mata makin kabur dan badan pun makin bongkok. Oleh itu, ada diriwayatkan satu peringatan sabda Nabi s.a.w:

Maksudnya : “Janganlah kamu berkahwin dengan seorang wanita kerana kecantikannya, boleh jadi kecantikannya itu akan membawa kerosakan kepada mereka.” – (Riwayat al-Tabrani, no 11)

Prinsip Islam amat jelas iaitu agama hendaklah menjadi keutamaan. Ancaman-ancaman dalam riwayat sebegitu adalah bagi mereka yang mengabaikan aspek agama dan hanya mementingkan aspek harta sahaja, kecantikan sahaja dan sebagainya.

Adapun menggabungkan aspek yang lain selepas wujudnya aspek agama, maka itu satu perkara yang sangat baik.
pakar cinta.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...