Biasanya,
muzium dijadikan lokasi untuk melihat mumia. Di sana,pelawat akan
didedahkan dengan mumia yang dilindungi dengan dinding kaca. Tetapi anda
hanya boleh sekadar melihatnya saja.
Meskipun begitu, rasa ngeri dan
seram tetap menyelimuti perasaan setiap pengunjung yang datang. Untuk
yang ingin pelancongan lebih mencabar, cubalah datang ke sekitaran
puncak Gunung Dakhla, Gebel Edmonstone, Mesir.
Di sini ada sebuah perkuburan purba
bernama Muzawaka. Dipetik dari laman web rasmi pelancongan Mesir,
pengebumian ini sudah ada sejak peradaban Romawi.
Sejak ditemui pada tahun 1972,
Perkuburan Muzawaka jadi tarikan pelancongan yang terkenal di
Mesir.Muzawaka juga menjadi tempat pelancongan yang paling mengerikan di
sana.Berada di pergunungan, Muzawaka dihuni oleh banyak makam dan
mumia. Ada banyak mumia dan tulang berselerakkan di sana.
Entah
kerana memang sengaja diletakkan begitu saja atau kerana digali haiwan
buas. Yang pasti pelancong boleh melihat dengan jelas.
Bukan
cuma itu, jika berani pelancong yang datang boleh menyentuhnya, tapi
jangan sampai merosakkan mumia. Tidak hairan jika objek pelancongan ini
jadi salah satu yang paling seram di Mesir.
Melihat
ke sekitar pengebumian, ada lukisan yang terukir cantik di dinding.
Menurut ahli arkeologi, lukisan tersebut menggambarkan adegan orang yang
menyembah Dewa Petorisis dan Sadosiris.
Untuk
pergi ke makam Muzawaka, ada banyak agen tempatan yang menyediakan
pakej pelancongan ini. Anda juga boleh menyewa kereta dengan pemandu
tempatan yang akan membimbing pelancong menuju Muzawaka.
http://www.lamankongsi.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan