Perempuan
atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. kemuliaan dan
keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
1.Pertama
urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan
ibadahnya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).
2
Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas
urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh
iblis. Sabna Nabi s. a. w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar
mendongak syaitan memandang akan dia.
3.Haram
bagi wanita melihat aurat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat aurat
wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual
beli).
4.Diriwayatkan
bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama
isteri-isterinya (Ummu Salamah r. ha. dan Maimunah r. ha.), datang
seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s. a. w.
menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah,
"Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah
s. a. w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."
5.Perempuan
yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan
mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur
baginya.
6.Mana-mana
wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita
itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada
suaminya.
7.Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.
8.Perempuan
tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana
sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan
lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.
9.Wanita-wanita
yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan
mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia
sekalian.
10.Wanita
yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti
Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang
tengkoknya.
11."Aku
lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada
pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan
ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s. a. w. ditanyai, "Mengapa
demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s. a. w. "Wanita mengkufurkan
suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya
seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."
12."Kebanyakkan
ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka
dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian,
adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi
s. a. w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan
nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat
suaminya."
13.Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
14."Kebanyakkan
wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya,
"Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?" Jawab Rasulullah s. a. w. :
15.Kerana
kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan,
kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik
anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
16.Tiada
memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui
suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima
kasih di atas pemberian suaminya.)
17.Sering
mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila
berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun
kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)
18.Gemar
bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap
mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
19.Kurang
akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering
tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam
sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20.Dari
Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda,
"golongan dari umatku yang akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali
umur dunia: * Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang
cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
Disini aku cuba jelaskan apa maksud point2 diatas secara lebih mudah.
Menutup aurat
Diwajibkan
bagi umat islam untuk menutup aurat. kerana apa. supaya kita dijauhkan
dari maksiat, supaya kita tidak menjadi mangsa kepada peragut, perogol
dan macam-macam bala diluar sana. tetapi ada sebahagian tu, alhamdulilah
dah baik menutup aurat tetapi malangnya memakai pakaian yang
ketat-ketat sampai menampakkan bentuk badan. dan sesungguhnya
hijab menjagamu dari pandangan yang beracun. pandangan yang berasal
dari penyakit hati dan penyakit kemanusiaan. hijab memutuskan darimu
ketamakan yang berapi-api.
Menjaga maruah diri
Maruah diri sangatlah penting bagi kita semua. tanpa maruah diri maka hilanglah nilai seseorang manusia itu. diwajibkan
untuk menjaga maruah diri adalah supaya kita dijauhi daripada maksiat.
contoh yang paling sesuai di ambil adalah golongan remaja. mereka
seperti seoleh-oleh tiada perasaan malu, tiada perasaan takut, hilang
maruah diri kerana cinta. jangan sesekali kamu menjual maruah kamu
kerana cinta. jika hilang maruah diri sebagai seorang manusia, adakah kita masih layak dipanggil manusia.
P/s aku masih improvise lagi entry ni. kalau ada salah atau silap, sila tegur.
Kerana manusia tak lari dari melakukan kesilapan, tetapi wajib bagi manusia belajar dari kesilapan untuk tidak terus melakukan kesilapan. assalamualaikum.
http://madah-tazkirah.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan