�Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya�, kata seorang mahasiswi.
�Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri
yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang
yang tidak Fatimah!�, tegas seorang mahasiswa.
Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?
Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?
Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana
usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi
mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah
seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh
suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan
keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama,
dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.
Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan,
jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat
dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?
Kita mahu mencari pasangan hidup
yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak
sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa
sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!
Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami
buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam
pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.
Maka jika mahu mendapatkan yang soleh,
kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI
yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat
menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang
soleh, solehnya boleh berubah� kerana si solehah dan si soleh adalah
insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka
ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak
bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan
�itu� walaupun mungkin tidak
100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.
Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.
panduan percuma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan