Kisah Rasulullah Seorang Yang Pemaaf
Safwan
Bin Umayyah lari ke Jeddah untuk menaiki kapal menuju Yaman. Dia sangat
ketakutan. Ketika itu, Rasulullah s.a.w baru sahaja membuka kota Makkah.
Safwan lari untuk menyelamatkan diri kerana sebelum ini dia adalah
pemimpin Arab yang sangat memusuhi Baginda.
Namun,
Rasulullah s.a.w segera memaafkannya. Baginda memberi kain serban milik
Baginda sebagai bukti jaminan pengampunan. Namun Safwan masih tidak
mempercayainya. Masakan begitu mudah Nabi Muhammad memaafkan sedangkan
angkara kejahatannya terhadap Rasulullah dan islam sangat besar.
Ketika
kakinya ingin melangkah masuk ke dalam kapal, sahabatnya Umair berteriak
untuk menghalangnya dan berkata: "Baginda lebih pemaaf daripa yang kamu
sangka!" Setelah dipujuk, Safwan kembali ke Makkah ditemani Umair.
Apabila
dibawa menghadap Rasulullah, di berkata: "orang ini (Umair) mengaku
engkau telah memberi keamanan kepada diriku." baginda menjawab "Benar
khabar yang dikatakannya".
Itulah
keajaiban Iman. Imun itu Aman. Orang yang beriman bukan sahaja dapat
merasai keamanan dalam dirinya tetapi diaa dapat memberi keamanan kepada
orang orang lain.
Rasulullah
bersabda yang bermaksud :" Tidak halal bagi seorang Muslim untuk tidak
bertegur sapa dengan saudaranylebih daripada tiga hari. Orang yang
terbaik ialah orang yang pertama memulakan salam"
menulis menconteng
Tiada ulasan:
Catat Ulasan