
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan
secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah
tinggi, strok, dan ulser.

Senyuman
dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma,
abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa
‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang
kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia
melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih
peka serta bersedia menerima maklumat baru

Ketawa
juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan
pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya
ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

Otot-otot
muka yang digunakan untuk senyum membuatkan wajah kelihatan lebih muda.
Cukup dengan menghiaskan wajah dengan senyum sepanjang hari untuk
mendapatkan wajah yang berseri dan bercahaya.

Mampu
memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan
penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh
membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

Apabila
kita senyum kepada orang lain, mereka tentu akan membalas senyum kita.
Apabila semua orang tersenyum, rasa gembira secara automatik akan
muncul. Maka wujudlah suasana yang membahagiakan dan menyihatkan.
http://onitsukahana.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan