sultan muhammad al-fatih
Bangsa Turki pernah bangkit sebagai kuasa besar pada abad ke-15, sehingga kejatuhan empayarnya sekitar abad ke-19. Pengaruhnya menjangkaui sehingga ke Eropah apabila beberapa wilayah di bawah naugannya berada di timur Eropah.

Bangsa Turki yang menerajui empayar Othmaniyyah disanjung umat Islam kerana empayar Turki Othmaniyyah mempunyai satu-satunya pemimpin yang diramalkan oleh Rasulullah saw dalam hadis kursinya. Pemimpin yang dimaksudkan adalah Muhammad atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fatih. Gelaran al-Fatih yang membawa maksud ‘Si Pembuka’ merujuk kepada peranan besarnya membuka dan menakluk kota Konstatinopel.
 


Penaklukan kota Konstatinopel sekitar kurun ke-15 itu adalah sumbangan Sultan Muhammad al-Fatih yang tiada tolak bandingnya. Sehingga ke hari ini kota tersebut masih lagi di bawah genggaman umat Islam yang berada di bawah naugan kerajaan Turki sekarang. Detik bersejarah itu yang berlaku pada 1453 masihi menandakan berakhirnya kerajaan Kristian Byzantine Timur yang berpusat di kota Konstatinopel.

Siapa bangsa Turki sebenarnya?

Bangsa Turki disifatkan oleh pakar-pakar Sirah Islam sebagai bangsa yang berasal daripada anak nabi Nuh as, Yafit. Diriwayatkan, Nabi Nuh as mempunyai tiga oleh anak lelaki iaitu Sam, Yafit dan Ham.
Sam menurunkan ras bangsa Semitik yang berkulit keputihan seperti Arab, Parsi, Syria, Yunani, Latin (Sepanyol) dan di sebelah Barat dunia. Daripada anak-pinak Sam lahir ramai Rasul dan Nabi. Dikisahkan bahawa pada zaman Nabi Isa as, berkat mukjizat baginda, Sam telah dibangkitkan daripada kuburnya dan sempat menceritakan perit sakitnya kematian.

Ham menurunkan ras bangsa berkulit hitam seperti bangsa yang kebanyakan mendiami benua Afrika. Di dalam kitab Perjanjian Lama (Old Tastement), Ham telah dilaknat oleh Nabi Nuh as  dan kisah tersebut dikenali sebagai Ham’s Curse. Laknat Nabi Nuh as yang kononnya diberitakan dalam kitab Perjanjian Lama tersebut antara lain melaknat keturunan Ham dan anak pinaknya bakal menjadi hamba kepada anak pinak Sam dan Yafit.

Yafit pula menurunkan ras bangsa berkulit kulit langsat seperti Cina, Mongoloid, Russia dan beberapa bangsa di sebelah Timur dunia. Anak-pinak Yafit mempunyai sifat dan semangat suka berperang yang tinggi. Kebanyakan yang lahir daripada suku Yafit adalah penakluk hebat. Lihat saja bangsa Cina, Mongol dan juga Russia.

Daripada genetik Yafit lahirnya bangsa Turki. Turki sepertimana bangsa-bangsa suku Yafit yang lain suka berperang dan menakluk. Daripada Yafit juga lahir bangsa yang cukup terkenal kejamnya dan diramalkan oleh Rasulullah saw dalam banyak hadis kursinya. Bangsa tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah bangsa Ya’juk dan Ma’juk.

Ya’juk dan Ma’juk mempunyai beberapa gelaran lain. Bangsa Cina menggelar mereka Xiongnu, Yunani pula menggelar mereka sebagai Sos dan bangsa Barat menggelar mereka sebagai bangsa Sychtia atau Simmeria. Dalam tradisi masyarakat Kristian juga mengenali bangsa Ya’juk dan Ma’juk sebagai Gog dan Magog.

Kaitan Ya’juk dan Ma’juk dan Turki
Antara kedua-dua bangsa iaitu Ya’juk dan Ma’juk dan bangsa Turki, terdapat cerita yang berkait. Umumnya, bangsa Ya’juk dan Ma’juk adalah bangsa yang ganas dan suka membuat kerosakan. Mereka muncul membawa kerosakan pada dunia. Allah swt berfirman di dalam al-Quran dalam surah al-Kahfi;

Mereka berkata: “Hai Zulkarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?”

Mereka menguasai dunia, bahkan tiada apa yang mampu mengalah dan menumpaskan mereka. Rasulullah saw bersabda bahawa ketika mana Ya’juk dan Ma’juk bermaharajalela di muka bumi, Allah swt mematikan mereka dengan mengirimkan satu wabak di mana ulat-ulat memakan belakang badan mereka.

Diriwayatkan bahawa ketika ekspedisi Zulkarnain yang memerangi kaum Ya’juk dan Ma’juk di tempat yang disifatkan Allah sebagai ‘di antara dua buah gunung’ dalam surah al-Kahfi ayat 93, kaum itu terperangkap di antara gunung. Lalu dengan bantuan masyarakat tempatan, Zulkarnain dan bala tenteranya mengurung Ya’juk dan Ma’juk dengan tembok besi bersadur tembaga. Ya’juk dan Ma’juk tidak akan berjaya menembusi tembok tersebut dan kekal terkurung di dalamnya sehingga tiba masa yang ditetapkan oleh Allah swt.

ya'juk dan ma'juk
Ekspedisi tersebut berjaya namun, ketika pertempuran tersebut terdapat saki-baki daripada mereka yang berjaya ‘melepaskan diri’. Bangsa tersebut adalah bangsa Turki. Istilah Turki adalah berasal daripada perkataan ‘Taraka’ atau ‘Turika’ yang membawa maksud ‘meninggalkan’ atau ‘ditinggalkan’. Boleh jadi, asal asbab istilah Turki yang dinisbatkan kepada bangsa Turki adalah kerana kisah saki baki bangsa Ya’juk dan Ma’juk yang berjaya berlepas diri.

Dalam satu kajian lain, antara suku yang berjaya melarikan diri daripada serangan bertali arus tentera Zulkarnain adalah suku Mongol yang mana kemudiannya mendiami Gurun Gobi dan Steppe di Mongolia. Mongol sepertimana ‘moyangnya’ dilahirkan sebagai bangsa yang ganas. Perang tiada etika sehingga memusnahkan beberapa tamadun agung di dunia. Antara yang menjadi mangsa kerakusan suku Mongol adalah Dinasti Abbasiyyah. Baghdad yang dilanggar oleh suku Mongol telah hancur luluh dan rebah menyembah bumi. Kejatuhan Baghdad di tangan Mongol menyebabkan kota tersebut hilang fungsi sebagai pusat tamadun dan perabadan dunia. Sehingga kini kota tersebut gagal bangkit seperti yang berlaku pada zaman keemasannya.

Rasulullah saw menyedari potensi Turki
Dalam satu hadis, Rasulullah saw bersabda;
Tinggalkan Turki selama mana mereka tinggalkan kalian’
Hadis ini memberi gambaran bahawa Turki patut diberi keistimewaan berbanding lain-lain bangsa kerana bangsa ini seakan-akan diberi gambaran bahawa ia dielakkan untuk diperangi bahkan memberi mereka ruang untuk melepas diri.

Dakwah Islam ke atas lain-lain bangsa bermula seawal zaman Rasulullah saw di mana Rasulullah saw mula mengirimkan risalah dakwah kepada beberapa Raja di negara jiran baginda. Antara yang mendapat risalah tersebut adalah Hercules daripada Byzantine dan Kisra Khusraw daripada Parsi Sasanid. Hercules miskipun diriwayatkan tidak menerima Islam tetapi melayan duta Rasulullah saw dengan baik. Namun, berlainan dengan reaksi Kisra apabila mengoyak risalah Rasulullah saw sehingga menguris hati baginda Nabi saw.

Apabila Rasulullah saw wafat dan diganti dengan sistem khalifah, dakwah rancak berjalan. Beberapa wilayah dan tamadun besar berjaya ditawan. Antaranya adalah Mesir oleh Amr bin As. Syria dan Parsi pula oleh Saad bin Abi Waqqas, Khalid al-Walid dan Ubaidah ibn Jarrah.

Namun, bangsa Turki tetap diberi kelonggaran dan antara yang pertama menjalinkan hubungan dengan Turki adalah Saidina Uthman bin Affan. Saidina Uthman menyeru mereka kepada Islam dan berpusu-pusu mereka memeluk Islam. Berkat keislaman mereka di zaman khulafa ar-Rashidin dan para tabiin, mereka menjadi muslim yang berpegang kuat kepada ajaran Islam.

Bangsa Turki pada masa itu kebanyakan mereka berasal dari kawasan pergunungan Turkistan dan dataran Steppe. Menjelang abad ke-8 Masihi, mereka berhijrah ke arah Barat melalui dataran tinggi Serbia menuju ke laut Arab dan sebahagiannya pula ke wilayah Russia.

Ketika Mongol berkuasa dan menjajah banyak tempat di Asia Tengah, beribu-ribu bangsa Turki sekali lagi mengalami  pengasingan apabila mereka terpaksa berhijrah ke negeri-negeri jiran mereka. Semasa pemerintahan Dinasti Abbasiyyah, bangsa Turki sangat taat kepada penguasa di Turkistan. Mereka mendapat layanan yang baik daripada pemerintah Dinasti Abbasiyyah terutama semasa pemerintahan Al-Mustashim.

Kerana Al-Mustashim berfahaman Muktazillah dan banyak menzalimi ulama ahli Sunnah, maka banyak berlaku pemberontakan. Oleh itu, Al-Mustashim mengalihkan pusat pemerintahan ke Samarra.Di s ana, Al-Mustashim lebih menggemari pegawai berbangsa Turki berbanding Arab kerana curiga dengan kesetiaan bangsa Arab iaitu bangsanya sendiri kepadanya. Bermula detik itu, bangsa Turki mula mendapat kekuatan terutama daripada segi politik.

Banyak pegawai dan panglima Turki berperang di sempadan Byzantine bagi menjaga wilayah Abbasiyyah. Lama-kelamaan, bangsa Turki membentuk kekuasaan di sempadan yang pada mulanya taat setia kepada Dinasti Abbasiyyah. Apabila Dinasti Abbasiyyah runtuh, mereka muncul membentuk komuniti yang berpaksikan militari di sempadan.

Maka disitulah bermulanya era Bani Saljuk yang mana pemerintah pertamanya adalah Sultan Arp Arslan. Mereka memiliki semangat jihad yang tinggi, bervisi jauh dan ingin melihat Islam tertegak di merata ceruk. Mereka bangga menggelar mereka ‘Ghazi’ yang membawa maksud ‘orang yang suka berperang’. Sememangnya mereka gemar berperang atas dasar jihad dan tidak sesekali gentar apabila dengan berhadapan musuh.
Di sisi yang lain, lahir pula sebuah Dinasti yang lebih agung yang berbangsa Turki. Ia adalah dinasti Othmaniyyah yang diasaskan sekitar abad ke-13. Dinasti ini bermula daripada seorang lelaki yang bernama Ertugrul. Ertugrul dikatakan berhijrah daripada tanah airnya ke Asia Minor bersama-sama 400 tentera berkudanya. Di sana, beliau bergabung dengan Kesultanan Saljuk untuk memerangi empayar Rom Byzantine.

Gabungan kedua-dua tentera Islam tersebut membuahkan hasil dan mencapai kemenangan. Atas jasa Ertugrul, sebuah wilayah di Eskisehir dihadiahkan kepada beliau. Kemudian, anak kepada Ertugrul iaitu Osman I yang bercita-cita tinggi mendirikan sebuah empayar yang dikenali sebagai Dinasti Othmaniyyah. Empayar Othmaniyyah menenggelamkan beberapa empayar Islam yang lain sehingga pada satu peringkat empayar ini mencapai keluasan yang mencecah ke sempadan Eropah. Beberapa sultan dan panglima agung bangkit daripada empayar bangsa Turki ini.

ertuc49frul-gazi3
Sultan Muhammad al-Fatih yang mendapat sanjungan daripada Rasulullah saw kerana berjaya membuka kota Konstatinopel lahir di dalam kelompak Bani Othmaniyyah. Inilah bangsa yang dikatakan serpihan Ya’juk dan Ma’juk daripada sulur galur Yafit.
ammar blog