Jumaat, 10 Januari 2014

Keunikan Pantai Yang Tidak Mempunyai Laut

Assalamualaikum semua..Ce baca tajuk atas tu..Pantai Yang Tidak Mempunyai Laut..Pantai ape tu? (Kalau korang tak tau lagi, teruskan membaca ye..Kalau yang dah tau tu, buat2 tak tau then baca jugak tau!!..hihi..)
Meh CK nak story pasal pantai ni.. Nama diberi si Pantai Gulpiyuri ( Gulpiyuri Beach).. Nak sedap cikit Playa De Gulpiyuri.. Pantai ni terletak dekat Llanes, sebuah kota kecil di utara Sepanyol, di antara Punta Rociera dan Castro Molina.. Keluasan pantai ni cuma 40 meter panjang dan 15 meter lebar.. Keciknya!! Pantai ape kecik bebeno nih.. Nak naik banana bot pun tak lepas weh.. 

Kalau kita duduk depan tengok pantai ni, tak nampak macam laut biasa yang terbentang luas pun.. Yang kita nampak cuma kumpulan air masin dan tebing-tebing tinggi je..Cer tengok gambar bawah ni..
 


"Tipu la kau.. Tu nampak laut luas tu..bukan setakat nak naik banana bot, papaya bot pun boleh.."
Gambar atas ni belum di zoom ye..


Yang ni dah di zoom sikit..yang dalam bulatan tu..Cer bandingkan dengan gambar atas..Nampak tak lokasi sebenar kat mana?


Ni la pantai Gulpiyuri..Cantikkan?
Oleh sebab pantai ni kecik je, tak macam pantai-pantai yang lain, so jadi la nama pantai yang tak berlaut..
Celah mana datangnya air masin ni? Nampak macam tasik..Kalau tasik mesti airnya tawarkan? Ke manis? (Ok, mengarut..)
Air ni sebenarnya asal dari laut yang berjarak 100 meter dari pantai. Kan kat sebelah tu kita boleh nampak air laut? Air laut tu la yang masuk melalui gua yang berada di bawah tebing-tebing tu. Air tu masuk dan mengalir secara terus menerus.
Kat pantai ni kita tetap boleh lihat ombak yang menghempas pantai (amboi ayat..macam lirik lagu..), tapi tak ada la ombak gulung-gulung macam kat laut yang lain. Ombak dia ala-ala sopan gitu. Sedap la kalau nak mandi.. Pantai ni pun ada air pasang surut..
Oh ya..cakap pasal mandi tadi, air kat pantai ni memang sejuk..ala-ala sejuk macam mandi pagi kat Cameron Highlands jeh..(Macam aku penah mandi je kat pantai ni..) hak3..
Tapi menurut sumber la, air ni memang sejuk sebab air laut kat pantai ni kan masuk dari bawah melalui gua yang ada kat situ..confirm2 la sejuk kan sebab air dari gua..Nyamannya rasa wei..
Ni time air tengah surut agaknya..Rupa nak kering dah airnya..
Subhanallah..cantik sungguh kan pantai ni.. Ciptaan Allah..
Eh..Ada penyu kat pantai ni?
Haha..tipu je..ni gambar cilok kat lain..
Sekadar selingan..Sebab tetiba nampak cun plak penyu ni..
Kredit : Kepada semua laman2 yang ada beri info pasal pantai Gulpiyuri ni..( Banyak sangat sumbernya tadi..) Gambar2 ni semua bukan CK yang tangkap..Confirm2 la CK cilok kat google je kan..hehe.. Dan kredit kat page Anak-Anak Negeri Sembilan kat FB sebab dorang yang post pasal pantai ni dulu..Dari situ baru CK sedar kewujudan pantai yang comel kecil molek cenonet nih..huhu..
 http://berdurikaktus.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...