Pemakanan Untuk Kanak-Kanak Mempengaruhi IQ
| Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun
dikaitkan dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah.
Diet yang tinggi lemak, gula dan
makanan telah diproses merendahkan IQ kanak-kanak, rumus satu kajian.
Laporan itu berkata tabiat pemakanan pada usia tiga tahun membentuk
prestasi otak apabila ia menjadi lebih berusia.
Diet yang banyak makanan telah
diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan secara langsung dengan IQ
lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah, menurut satu kajian
berpusat di Bristol terhadap ribuan kanak-kanak Britain.
The Avon Longitudinal Study of Parents and Children telah membuat pemerhatian terhadap kesihatan dan kesejahteraan jangka masa panjang kira-kira 14,000 kanak-kanak.
Makanan terutamanya yang kaya dengan
vitamin dan nutrien telah membantu meningkatkan prestasi otak apabila
kanak-kanak membesar, nyata laporanJournal of Epidemiology and Community Health.
Para penyelidik berkata diet
kanak-kanak kecil itu boleh mengubah tahap IQ pada zaman kanak-kanak
nanti, sekalipun tabiat pemakanan diperbaik dengan peningkatan umur.
"Ini mencadangkan bahawa sebarang
kesan kognitif/kelakuan berkaitan dengan tabiat pemakanan dalam awal
alam kanak-kanak mungkin berterusan hingga ke zaman kanak-kanak,
walaupun ada perubahan berikutnya pada pengambilan makanan," nyata
tulisan tersebut.
Semasa kajian, ibu bapa menjawab
soal selidik yang memperincikan jenis-jenis dan kekerapan makanan dan
minuman yang diberikan kepada anak-anak mereka apabila mereka berusia
tiga, empat, tujuh dan lapan tahun setengah.
Setiap peningkatan satu mata dalam
markah kajian corak pemakanan (satu rekod pengambilan lemak terproses)
dikaitkan dengan kemerosotan 1.67 mata IQ.
Otak membesar pada kadar paling pantasnya semasa tiga tahun pertama kehidupan.
"Ia adalah mungkin pemakanan yang baik sepanjang tempoh ini boleh menggalakkan pertumbuhan optimum otak," tambah laporan itu.
Pengarah penyelidikan The School
Food Trust, Michael Nelson, berkata: "Dengan kira-kira 23 peratus
daripada kanak-kanak yang mula bersekolah terlebih berat atau obes, ia
adalah sangat jelas bahawa pilihan yang menyihatkan dalam perkembangan
awal mereka itu adalah memberi mereka kebaikan, bukan sahaja untuk
mengekalkan berat yang sihat semasa mereka membesar, tetapi sebagaimana
bukti ini menunjukkan, ia juga untuk meningkatkan kebolehan mereka untuk
mencapai keputusan yang baik di sekolah.
"Penemuan ini juga menunjukkan
pentingnya membantu semua yang terlibat dengan perkembangan awal
kanak-kanak untuk mendapat maklumat dan nasihat yang mereka perlukan
berkenaan pemakanan yang baik."
Definisi makanan telah diproses:
makanan yang telah dirawat secara khusus (contohnya pengeringan,
pembekuan, pengetinan) untuk menjadikannya tahan lama, memperbaik
rupanya atau menjadikannya lebih mudah digunakan.
http://www.menulismenconteng.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan