Sebagai seorang manusia, aku juga tidak
lepas akan perihal kematian. Oleh itu tergerak aku untuk mengingatkan
diri aku dan korang semua tentang perkara yang akan berlaku pada hari kiamat. Berikut adalah perkara² yang telah Allah janjikan kepada kita semua umat manusia. Sama²lah kita muhasabah diri seketika…
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup
sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga,
seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain.
Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan
akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun
berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa
yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil
a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas
seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih
anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang
mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari
biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan
dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada
ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa
depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan
dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke
tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan
(bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan
berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan
lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan
nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan,
matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam
kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah
dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih
kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang
besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan
kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada
sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di
bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi
terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka
rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi
lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan
masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi
Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat
diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh
malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus
selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan
perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih
putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran
yang mengalir dari syurga.
7 Golongan Yang Mendapat Teduhan Arasy
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di
padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka
yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan
para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali
kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal
kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan
dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh
a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya
memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa
Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah
1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka
sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang
dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan
20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga
‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat
besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang
sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa
mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan
jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab
cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak
di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz
kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam
bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala
kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah
kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher
pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil
untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /
Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut
Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur
bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka
tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah
umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah
solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara
pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak
dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan,
lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan
dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan
mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai
satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk
menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah
Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang
bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan
dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada
dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala
dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah
Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari
makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati
dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
3 Syafaat Nabi Muhammad di Akhirat
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan
khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para
pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka
akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan
mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim
ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar
jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia
lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan
dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan
di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun
mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti
kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada
yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki
mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan
kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang
meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang
akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
http://sharafie.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan