Jumaat, 7 Mac 2014

Senjata-senjata rahsia Jerman era Nazi!

Tentera Berikat yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Britain, Kanada dan negara-negara Komanwel yang lain sering digambarkan sebagai hero oleh media-media arus perdana. Manakala tentera Paksi terutamanya tentera Jerman, Itali dan Jepun pula sering digambarkan sebagai musuh yang tidak mempunyai sifat perikemanusiaan.

Apa yang sebenarnya berlaku semasa Perang Dunia Kedua adalah sebaliknya. Fakta sebenar tidak seperti yang digambarkan oleh media-media barat. Keseluruhan isi kandungan berita dan artikel yang bersumberkan daripada Barat lebih kepada misi propaganda mereka untuk memberi gambaran yang salah mengenai pihak tentera Pakatan Paksi.

Terdapat beberapa insiden yang membabitkan Pakatan Berikat yang membunuh tahanan perang yang kebanyakkannya melibatkan tentera-tentera Jerman. Kejadian tersebut tidak didedahkan secara meluas sepertimana kejadian pembunuhan melibatkan tentera Berikat oleh tentera pakatan Paksi.



Setiap pembunuhan tahanan perang adalah menyalahi kata sepakat di persidangan Geneva yang diadakan pada kali pertama di Geneva pada 1929. Menurut artikel 13 sehingga 16, tahanan wajib dilayani sebaik mungkin dan keperluan ubat-ubatan mesti disediakan.

1.         Pembunuhan Dachau
Kem tahanan Dachau telah diserbu oleh tentera Amerika Syarikat pada 29hb April 1945. Pembunuhan tersebut berlaku melibatkan seramai 560 orang tentera Jerman termasuk pengawal-pengawal kem tahanan dan tentera bantuan daripada 5th SS Panzer Viking Division yang mana telah dihantar untuk meningkatkan kekuatan kem tahanan tersebut bagi menggantikan tentera-tentera kem tahanan Dachau yang cedera dan meninggal dunia. 560 orang tentera Jerman tersebut telah dibariskan berhadapan dengan dinding kem tahanan dan ditembak oleh sedozen tentera Amerika Syarikat. Ada sumber menyatakan bahawa terdapat beberapa orang tentera Jerman yang mati ditembak dalam kejadian di Dachau kehilangan kaki atau tangan akibat ditembak bertalu-talu dengan menggunakan mesingan oleh tentera Amerika Syarikat.
Tentera Amerika Syarikat menembak mati 560 tentera Jerman di Dachau pada April 1945.


2.        Pembunuhan Biscari
Tentera US dari Batalion Infantri ke-45 telah membunuh seramai 75 tahanan perang yang kebanyakkannya terdiri daripada tentera Itali.

3.        Pembunuhan semasa Operasi Teardrop
Tentera Amerika Syarikat dengan rakusnya menyeksa dan seterusnya membunuh lapan orang krew kapal selam U-546 semasa operasi tersebut. Phillip K. Lundeberg, seorang ahli sejarah Perang Dunia Kedua berkata tentera Amerika Syarikat bertindak ganas sedemikian rupa adalah kerana mereka percaya krew-krew U-546 telah menembak dan memusnahkan banyak kapal-kapal selam dan kapal-kapal perang milik Amerika Syarikat.

4.        Pembunuhan Chenogne
Akibat kemarahan yang masih belum reda akibat pembunuhan tentera Amerika Syarikat oleh tentera Waffen SS(tentera Jerman) semasa Pembunuhan Malmedy, beberapa dozen tentera Waffen SS yang ditangkap sebagai tahanan perang telah dibunuh di sebuah desa di Belgium iaitu Chenogne. Pembunuhan itu berlaku pada 1hb Januari 1944.
Arahan pembunuhan tersebut telah dikeluarkan oleh 328th US Army Regiment pada 21hb Disember 1944 dengan mengeluarkan arahan seperti berikut. 
No SS troops or paratroopers will be taken prisoners but will be shot on sight.
Major-General Raymond Hufft yang mengarahkan pembunuhan tersebut mengaku bahawa sekiranya tentera Jerman menang ketika Perang Dunia Kedua, nama beliau pasti akan muncul di antara barisan pertama yang digantung semasa Nuremberg Trial.
Pembunuhan tahanan perang yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat.


5.        Pembunuhan di Audouville-la-Hubert
Seramai 30 tentera Waffen SS telah ditembak dekat perkampungan Perancis, Audouville-la-Hubert. 30 orang tentera Jerman yang malang tersebut telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Para(Paratrooper) Amerika Syarikat.
Sebenarnya, banyak lagi pembunuhan kejam yang dilakukan oleh tentera Berikat semasa kempen mereka semasa Perang Dunia Kedua. Tidak cukup dengan pembunuhan, berlaku juga kejadian rogol dan bunuh oleh tentera Berikat terutama melibatkan tentera Rusia dan Perancis di Jerman. Kejadian-kejadian tidak bermoral ini mengambarkan tahap keperimanusiaan sebenar tentera Amerika Syarikat dan pakatan Berikat semasa kempen Perang Dunia Kedua.
Pembunuhan di Dresden. Beratus ribu rakyat Jerman yang tidak bersalah meninggal dunia semasa kejadian ini.


Oleh sebab itu, jika terdapat kata-kata di akhbar dan majalah serta dokumentari daripada Barat menyatakan tentera Amerika Syarikat dan British adalah tentera yang berhemah dan berperikemanusian, ia semua adalah KARUT.!
tak usah risau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...