Selasa, 19 November 2013

ANTARA UJIAN YANG SERINGKALI MENIMPA KITA

cartoon,muslim show,pekerjaan,job,people,human,man,woman

Ujian mahupun dugaan. Ada yang sukar dan ada yang terlampau senang. Mungkin ya... dan mungkin juga tidak. Bergantung pada tahapan iman dalam diri masing-masing. Tetapi, percayalah bahawa ia takkan pernah melebihi kemampuan kita. Takkan pernah...



Pernah diuji dengan pekerjaan? Jika ingin mendapatkan pekerjaan ini, maka tidak boleh mengenakan hijab, tudung dan sebagainya... Itu mungkin ujian untuk anda. Jadi, apakah tindakan anda yang selanjutnya??

Diuji dengan penyakit? Dah takda cara lain dah ni...kena jugak bawa jumpa bomoh, dukun, pawang dan sebagainya yang menggunakan perantaraan jin ataupun makhluk-makhluk halus untuk mengubati. Jadi, sihat punya pasal.. ahhh!! biarlah...janji sihat... Kemungkinan kecil akan sihat dan yang berikan kesihatan tersebut tetap adalah Allah SWT. Soalnya, dimana keyakinan kita terhadap Allah sehingga sanggup melakukan perkara-perkara khurafat?

Cakap senanglah, benda belum jadi pada diri sendiri. Ya, memang betul. Tapi, tidak salah untuk bermuhasabah diri.
Apakah tidak boleh berbicara mengenai syurga, neraka, akhirat dan sebagainya sedangkan diri sendiri masih lagi berada di dunia? Beringat sebelum kena. Itu antara pesanan buat diri sendiri.

"Hari esok belum tentu akan dilalui, tetapi kepastian sudahpun ada untuk hari ini. Jadi, segala persiapan, kelengkapan mahupun bekalan kenalah senantiasa dikemaskini, dipasang, diperbaharui dan dipelihara supaya tidak basi, membusuk, terbiar dan kehabisan sebelum 'masa itu' tiba."http://kum-pun.blogspot.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...