Pernahkah anda alami 5 situasi di bawah? Jika pernah sudah
tentu anda telah mengetahui natijah tindakan susulan anda. Tetapi kepada
sesiapa yang belum pernah mengalami situasi sedemikian, berikut adalah
tip-tip terbaik untuk mengendali tindakan seterusnya:
1. Anak anda mendapat kecederaan di kepala hingga tidak sedarkan diri.
Tindakan awal anda mungkin membawa mangsa tersebut balik ke rumah atau mengejarkan mangsa ke hospital. SALAH! Mengikut pakar, tindakan bijak yang perlu dilakukan ialah menghubungi 999 untuk bantuan kecemasan.
Ini kerana dengan kecederaan kepala, anda tidak tahu betapa seriusnya
kecederaan yang dialami. Mangsa mungkin turut mengalami kecederaan otak
atau tulang belakang, dengan mengubah kedudukan mangsa mengakibatkan
keadaan bertambah buruk.
Apa yang perlu anda lakukan ialah memastikan mangsa masih bernafas
dan mempunyai nadi. Jika jawapannya ya, anda boleh menepuk mangsa
sedikit dan memanggil namanya untuk melihat samada kanak-kanak itu masih
sedar. Jika mangsa tidak bernafas mulakan CPR dengan segera.
2. Anak anda hilang di tempat awam.
Tindakan awal anda mungkin mencarinya sendiri. SALAH!
Dalam keadaan dunia sekarang, kita harus mengandaikan yang terburuk.
Mencari seorang diri di tempat yang luas dan besar akan mengambil masa
yang panjang. Tindakan yang sewajarnya ialah meneliti di kawasan
sekeliling anda dan menjerit memanggil namanya.
Jika itu tidak berhasil, minta pertolongan dan bantuan daripada
kakitangan di tempat tersebut dengan segera. Pekerja dan kakitangan
gedung-gedung yang besar selalunya telah dilatih untuk mengatasi situasi
sebegini. Mereka boleh memantau laluan keluar masuk, memeriksa
tandas-tandas dan sebagainya. Jika tindakan itu gagal untuk menemui anak
anda, hubungi polis dengan segera.
3. Anda melihat anak kecil anda memegang botol ubat atau bahan keperluan rumah yang merbahaya dan anda tidak tahu samada ia telah menelannya.
Tindakan awal anda mungkin menyimpan bahan tersebut dan memerhati keadaannya samada jika dia mula jatuh sakit. SALAH! Pakar-pakar mengesyorkan supaya anda tidak tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.
Sebaliknya, bawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan atau hubungi
bantuan kecemasan dengan segera. Mereka boleh memberi nasihat samada
bahan tersebut tidak beracun atau pun membawa anak anda ke bilik
kecemasan.
4. Anda dapat lihat tubuh anak anda di dasar kolam renang.
Nauzubillah!!! Jika keadaan ini berlaku apa yang terlintas pada fikiran setiap ibu bapa ialah terjun dan selamatkan. SALAH! Mengikut kata pakar kebanyakkan orang tidak mampu untuk melakukannya bersendirian.
Tindakan yang sewajarnya; jika boleh, ialah dengan memberitahu orang
lain apa yang terjadi dan meminta mereka menghubungi bantuan dengan
secepat mungkin. Kemudian, sebelum anda terjun cari sesuatu untuk
mengapungkan tubuh anda.
Sejurus keluar dari
air, cuba hidupkan semula jantung dan paru-parunya dengan melakukan
CPR. Teruskan CPR samada sehingga bantuan tiba, anak itu kembali pulih
atau sehingga anda sudah tidak terdaya lagi.
5. Semasa perkelahan di tepi pantai, anak anda telah terkena senggatan ubur-ubur (jellyfish).
Tindakan awal anda mungkin membasuh tempat senggatan tersebut dengan
air bersih atau sebarang bahan alkohol atau bagi sesetengah orang
menyiramnya dengan air kencing. SALAH!
Tindakan yang sepatutnya anda lakukan menurut pakar perubatan ialah,
membilas tempat senggatan itu dengan air laut. Air tawar atau air yang
anda rasakan bersih sebenarnya akan menambahkan kesakitan.
Seterusnya buang semua sesunggut binatang berkenaan yang boleh anda
nampak. Tekap tempat berkenaan dengan cuka putih (white vinegar)
sehingga kesakitannya hilang. Jika keadaan bertambah buruk kejarkan ke
hospital.
Sekian tips untuk kali ini,
panduan percuma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan