Pagi tadi, saya telah mengisi masa dengan mencuba Resepi Mudah Kuih Cara Berlauk
untuk hidangan sarapan. Terlalu kerap mencuba resepi-resepi kuih moden,
kadang-kadang saya terlupa untuk belajar memasak kuih-kuih tradisional
Melayu sendiri. Apa yang lebih menariknya, kuih-kuih tradisional Melayu
ini sebenarnya lebih mudah disediakan berbanding kuih-kuih moden yang
biasanya berunsurkan kek dan keju. Jadi untuk entri resepi kali ini,
saya ingin berkongsikan resepi mudah Kuih Cara Berlauk.
1 cawan Tepung Gandum
1 cawan Air dan ½ cawan Susu Segar (Boleh juga ganti dengan 1½ cawan Santan jika ada)
1 biji Telur
Sedikit Serbuk Kunyit
Sedikit Garam
Mentega (untuk disapu pada loyang pembakar)
Cara Menyediakan;
~ Panaskan oven, 170°C. Guna api bawah sahaja.
~ Satukan semua bahan-bahan diatas, masukkan dalam blender dan blend hingga sebati kesemuanya.
~ Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan mentega.
~ Siapkan bahan Inti.
Bahan-bahan Inti;
Daging Hancur
1 biji Bawang Bombay (Bawang Besar)
*1 cm Halia
*2 ulas Bawang Putih
*1 sudu kecil Jintan Manis
*1 sudu kecil Jintan Putih
2 sudu besar Cili Boh
Serbuk Kari secukupnya
Daun Kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak;
~ Tumbuk/kisar bahan bertanda (*).
~ Bawang Bombay dipotong dadu.
~ Tumiskan bawang bombay dan bahan kisar. Bila naik bau, masukkan cili boh dan gorengkan hingga pecah minyak.
~ Masukkan rempah kari dan daun kari.
~ Masukkan daging dan goreng hingga masak. Perasakan dengan garam.
Lada Merah dihiris
Daun Saderi dihiris
Cara Menyediakan:
~ Taburkan bahan Inti diatas adunan tepung yang diblender tadi.
~ Taburkan bahan hiasan (lada hiris dan daun saderi).
~ Masukkan dalam oven 170°C dan bakar 15-20 minit.
Siap. Sedia untuk dimakan…
nuristemewa.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan