Dah lama tul mengidamkan buat ais krim sendiri.. Barulah malam ni tercapai hajat. Haaa..terus buat 2 perisa.. Satu perisa jagung satu lagu perisa coklat. Penuh fridge!.. Puassss tul hati..kikikiki.. Apapun resepi ni diambil dari rakan baru sy di FB!.. thanks aznie rozima! sudi kongsi resepi ngan sy. Banyakkkkk resepi best2 dia.. tak sabar nak cuba yang lain.





Ais krim pelangi
Bahan-bahannya:
1 biji telur
2 sudu besar overlatte
1 tin susu pekat (sy guna F&N - 505 gram)
setengah tin susu segar (sy guna susu dutch lady)
1 tin air suam (sukat guna tin susu tadi)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa pilihan (jika mahu..kalau tak nak pun tak pe.. sy tadi letak perisa jagung)
beberapa titik pewarna pilihan (sy guna star brand)
Cara-caranya:
1) masukkan semua bahan tadi dlm mangkuk dan pukul dengan mixer hingga naik dan kembang dan pekat.
2)kemudian bahagikan kepada beberapa warna pilihan.
3) mula melapis adunan . buatlah macam kek karamel tu.
4) masuk dlm peti ais dan sedia dimakan setelah ia mengeras.




http://hanafzuan.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan