Khamis, 21 November 2013

Jatuhan Hebat Domino ‘Tanpa Henti’ - Super Kreatif


VIDEO: Jatuhan Domino Yang Mengagumkan         
KAMI yakin anda pernah melihat video jatuhan domino, namun mungkin bukan yang sehebat ini.

Kolaborasi dua pereka domino, Millionendollarboy dari Jerman dan Havesh5 dari Amerika berjaya menghasilkan jatuhan domino yang kami anggap cukup kreatif dan mengagumkan.

Ternyata ia bukan mudah kerana mereka mengambil masa lebih tiga bulan untuk menyusun 20,000 hingga 25,000 domino itu.



Ia mengambil masa hampir empat minit untuk kesemua domino yang disusun dengan pelbagai bentuk termasuk rekaan bangunan jatuh dengan sempurna.

Namun, jika anda fikir ia merupakan jatuhan domino tanpa henti, anda silap! Ini kerana ia merupakan beberapa ‘babak’ jatuhan yang telah digabungkan dalam sebuah video.

Apapun, bagi kami, ia tetap menarik dan ia sudahpun ditonton lebih 10 juta kali di laman YouTube.
 
mynewshub


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...