Jangan sesekali samakan atau bezakan isteri sendiri dengan perempuan
simpanan walaupun mereka sudah bergelar isteri kedua ketiga dan keempat
anda.
Semulia seorang wanita bila dia diambil sebagai isteri dan melahirkan zuriat yang soleh/solehah buat anda.
Terbaca satu perkongsian di laman Facebook (dan bro kongsikan di blog ini) untuk renungan bersama.
Perbezaan Isteri Dengan Perempuan Simpanan :-
1- Bentuk Tubuh Badan.
En Suami : Ustaz.. Perempuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tetapi isteri saya gemuk.
Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke?
Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu..
isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana
dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya.
2- Kemanjaan.
En suami : Tapi ustaz perempuan simpanan saya lebih manja & lemah
lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang-kadang
garang.
Ustaz : Perempuan simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul
tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum
kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila
bersama kamu.
Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya
dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu menjaga
anak2 kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya padamu.
3 – Ambil Hati.
En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti perempuan simpanan saya..
Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila
mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2
mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih
memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka.
Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2
kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dengan
perempuan simpanan kamu itu.
4- Hargai Isteri Seadanya
En suami : …. tapi kan ustaz….
Ustaz : Camni lah… kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di
mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk
lelaki yang tak tahu bersyukur seperti awak.
Cuba awak pikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya
kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak.
Kalau dia mahu, dia bole memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari
mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah
awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak
layak mendapat seorang isteri seperti dia
http://www.broframestone.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan