KENAPA MESTI KEDEKUT? -
Sebuah pertanyaan yang diajukan dalam nada yang agak tidak menyenangkan
dan agak biadap tingkahnya. Cuma, tajuknya telah aku sejukkan sedikit
dengan air kesabaran yang masih tersisa. Hampir-hampir hendak terlepas
tetapi Alhamdulillah, syukur kerana diri ini masih mampu
menahannya..........................
Entahlah, aku sendiri tidak mengerti kenapa perlu mengatakan hal yang sedemikian. Mungkin kerana aku tidak mampu untuk memenuhi permintaannya. Walhal, aku bukanlah menolak...cuma, masa masih tidak mengizinkan aku untuk melakukan apa yang dipintanya.
Entahlah, aku sendiri tidak mengerti kenapa perlu mengatakan hal yang sedemikian. Mungkin kerana aku tidak mampu untuk memenuhi permintaannya. Walhal, aku bukanlah menolak...cuma, masa masih tidak mengizinkan aku untuk melakukan apa yang dipintanya.
Hendak melakukan sesuatu perkara, bagi aku ia sangat-sangat memerlukan ruang waktu supaya tidak berlakunya penangguhan yang melampau. Hendak membuat sebuah 'template' bukanlah suatu perkara yang semudah mengunyah kacang. 'Membuat' dengan melakukan sedikit 'pengubahsuaian' adalah 2 perkara yang jauh benar bezanya. Pembuatan memerlukan rekaan yang sangat mendalam dan memerlukan daya berfikir yang kreatif agar apa yang dihasilkan tidak semberono sahaja.
Aku bukannya kedekut dan malas nak buat. Tetapi, masa.....Ya!!! masa tidak mengizinkan. Template aku sendiri pun masih dalam pembaikan. Itupun mengambil masa yang agak lama kerana masa aku agak terbatas sekarang dengan banyaknya pekerjaan dunia yang datang bertimpa-timpa. Alhamdulillah di atas rezeki-Nya.
Maafkan aku duhai saudara/i. Jangan di simpan rasa yang mengundang perpecahan antara kita. Itu sahaja. Gunakan akal fikiran sebelum berbicara. Letakkan diri sendiri di tempat orang lain supaya anda mudah untuk merasai apa yang mereka rasa.
InsyaAllah.. jika dipanjangkan umur dan masa hidupku. Akan aku bantu jua. Cuma...fahamilah keadaan diriku sekarang...
Terima kasih....
Aku taknak jadi seperti watak yang ada dalam komik di bawah ini:
http://kum-pun.blogspot.com
tabahkan hati ya..doa byk2..
BalasPadam