INGAT ALLAH
Perkara
pertama yang kita wajib buat sebagai orang islam selepas mengangkat
tauhid kita dalam ucapan syahadah dalam rukun islam dan yang pertama
dalam ketertiban rukun iman.
Perbanyakkan zikir sama ada zikir lisan mahu pun zikir hati – tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
Aku
akui sejak mengamalkannya dan memakai, segala urusan harian menjadi
semakin mudah mahu pun didalam perniagaan aku. Yang paling mudah untuk
aku amalkan ialah sentiasa melakukan zikir hati.
Lakukannya
dalam melakukan apa sekali pun. Boleh lakukan ketika bersembang, boleh
lakukan ketika mandi dan juga boleh lakukan ketika masak daging kebab.
SOLAT
Sesiapa
sahaja yang mengaku umat islam boleh melakukan solat tetapi adakah
solat kita dapat menghalang kejadian keji dan mungkar?
Sabda Rasulullah SAW bermaksud,
Solat
itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya, sesungguhnya
ia menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah
merobohkan agamanya.
Renungkan
sabda tersebut dan bandingkan apa yang berlaku disekeliling kita pada
hari ini. Bukankah apa yang berlaku pada masa ini ada sangkut paut
dengan apa yang kita lakukan setiap hari? Tepuk dada tanya iman.
Dan dirikanlah solat untuk menyebut dan mengingati-Ku – Thoha: 14.
Solat
juga merupakan titik tolak atau penanda aras sama ada kita mengingati
Allah atau tidak. Solat 5 waktu adalah wajib jika kita melakukan banyak
solat-solat sunat, maka kita semakin mengingati Allah.
Insya
allah, kita semakin dekat dengan Allah sehingga apabila ada yang
menyebut perkataan Allah atau mendengarnya sudah meremang satu badan!
SELAWAT
Sesiapa yang rajin berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, dia dianggap kekasih kepada kekasih Allah.
Menurut petua mencuci hati dari Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah,
Selawatlah
ke atas nabi sekurang-kurangnya 100 kali sebelum tidur. Ia merupakan
pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak
tenang, murah rezeki dan orang akan sayangkan kita.
http://madah-tazkirah.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan