Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda
yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam
ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar"
sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke
hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima
waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada
jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja
akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah
fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti
bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah
daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan
yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia
remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya
disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak
terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia
ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman
dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan
mukalaf.
Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul
Jalil. Bersediakah anda?? Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang
paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa
kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai
status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.
Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu
pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu
tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal
emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu,
amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan
esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan
jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan
tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil
sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea
bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan
kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan
sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap
jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat
generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.
Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good"
atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas
itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang?
http://sehinggit.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan