sekarang ni bila kita
sebuat saja pasal kahwin mesti yang difikirkan adalah duit.. ya.. duit
is main important thing dalam perkhawinan... kalau tak ada duit macam
mana nak kahwin kan...? betul tak...? okeh.. untuk mengatasi masalah
kahwin ni, admin ada 10 tips! yang mungkin boleh menjadi panduan anda
semua..
1. Tetapkan
jumlah tetamu supaya kamu dapat merancang bajet perkahwinan dengan
baik.Yalah secara lojiknya kalau tak tahu jumlah tetamu bagaimana nak
buat anggaran hidangan makanan, doorgift, kad kahwin dan lain-lain kan?
2. Hantaran
dan hiasan pelamin pada masa kini sering menggunakan bunga segar
sebagai gubahan. So why not guna bunga plastik saja kerana kosnya yang lebih murah dan tahan lama. Malah selepas majlis pun kamu masih boleh menggunakannya untuk hiasan kediaman. TAk gitu?
3. Buat tempahan perkhidmatan (jurugambar, catering, kad dan etc) sewaktu promosi. Biasanya diskaun hebat diberikan ketika promosi atau pameran pengantin dijalankan!
4. Majlis akad nikah dan persandingan dalam
satu hari! (Misalnya akad nikah jam 10pagi dan kenduri pada 12 tgh hari
pada hari yang sama- boleh jimat catering!). Sekiranya anda membuat
pada hari yang berasingan, hadkan jumlah tetamu pada majlis akad nikah,
sebaliknya, jemput rakan taulan anda pada majlis persandingan kecuali
BFF andalah!
5. Tidak
menempah kad jemputan yang mahal melampau. Boleh juga menggunakan
saluran lain seperti telefon, email, sms atau melalui laman sosial
seperti Facebook, twitter dsb.
6. Menjemput band atau team kugiran mungkin memerlukan extra kos. Anda boleh berjimat dengan memasang cd-cd lagu.
7. Mungkin
ramai yang tidak tahu salah satu cara yang selamat untuk mengawal
perbelanjaan anda adalah dengan membuka satu akaun khas untuk perbelanjaan kerja kahwin saja. Jadi ini dapat memastikan yang anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda!
8. Jadi
orang yang kreatif untuk mengubah sendiri barangan hantaran anda,
menghias kamar beradu anda dan lain-lain. Adakalanya buat sendiri DIY
lebih jauh menjimatkan wang anda dan pastinya memberi kepuasan sebenar.
Yeah!
9. Buat survey dan tanya kawan-kawan tentang vendor-vendor yang murah tetapi servis mantap!
10. Jika
ada peraduan pakej berbulan madu misalnya cubalah sertainya mana tahu
rezeki anda dapat hadiah pakej perkahwinan yang ditaja sepenuhnya macam
peraduan Gerbang Perkahwinan oleh Utusan Malaysia! Aihh rugi pula rasa tak join dulu… Hehehe…
Cukuplah dulu 10 tips untuk
dikongsi bersama. Tips-tips di atas itu tak perlu anda ikut sepenuhnya.
Bergantung kepada kehendak diri anda, keperluan, bajet dan citarasa.
selamat mencuba..
http://persediaanperkahwinan.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan