Lawak Sains
1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan
menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika
kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang
itu lalu kita akan dilempang olehnya.
2.
Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada
lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung
lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air
dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh
isteri.
3.
Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km
persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki
kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika
tidak membawa kompas.
4. Uri
Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946,
mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari
planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia
adalah seorang Ultraman!.
5.
Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi
ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah
terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.
6.
Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau
Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi
kemerah-merahan. Bila Makcik Bedah marah, wajahnya juga akan bertukar
menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.
7. Gelas
kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah
Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak
sekolah ketika bercinta.
8.
Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada
bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula
bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.
9. Tidak
ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa
Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii
iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam
Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z
kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.
10. Hanya
ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan
bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini
membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.
http://alongxp.com/2013/09/09/lawak-sains/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan